Juara program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Azharina Azhar bakal menerbitkan album baharu secara rakaman langsung (live recording) tahun depan. Pelantun lagu Elegi Sepi itu berkata yang album tersebut akan diterbitkan dengan kerjasama komposer tanan air, Julfekar Ahmad. "Saya tahu kosnya sangat mahal dan cadangan ini tidak masuk akal, walaupun sukar tapi saya mahu buat yang terbaik. Mudah-mudahan album itu berjaya diterbitkan," katanya kepada Bernama. Dia juga bakal berduet dengan penyanyi Indonesia, Rizal Badila dalam konsert di Lombok, tahun depan. "Saya memang sudah berbincang dengan pihak Rizal sebelum GV3 lagi mengenai single duet 'Seribu Cintaku' ciptaan beliau dan konsert yang akan diadakan bersama. Ini merupakan peluang keemasan untuk saya menempa nama di sana." Dalam perkembangan lain, Azharina bersyukur kerana single terbarunya 'Sekian Terima Kasih', karya komposer dan penyanyi Dj Fuzz kini kerap dimainkan di corong radio. Mengulas kemenangannya menjadi juara baru-baru ini, Azharina menyatakan, "Buat kali pertama dalam hidup saya, saya hadir ke uji bakat bukan nak kejar duit, populariti atau nama tapi saya nak jumpa rakan-rakan lama. Saya mahu memperbetulkan kekurangan diri yang ada." Apa-apa pun didoakan supaya nama Azharina terus mekar dalam industri hiburan tanah air ini dan berterusan mencipta kejayaan. -CARI |
33
Bagus |
32
Marah |
33
Terkejut |
26
Sedih |
25
Lawak |
45
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 23-12-2016 11:50 AM
blh x nk cdg
dlm album tu nnt
duet dgn sarah
Rainrein replied at 23-12-2016 10:37 AM
Dia ni memang stok duit terlebih x tau nak guna untuk ape ke?
ADVERTISEMENT