CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kenapa Album Ku Tak Laku - Faizal Tahir

6-8-2013 09:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21405| Komen: 125

Akui album kurang sambutan


Faizal tidak akan gentar memberi pandangan sendiri, selagi tidak salah di sisi agama.

KELANTANGAN dirinya bersuara melalui laman Twitter dikatakan menjadi punca dirinya disisihkan sebuah syarikat penyiaran utama negara. Tidak mengiyakan perkara tersebut, Faizal Tahir memberitahu dia sendiri buntu apabila ramai yang mula memperkatakan perkara yang sama, sedangkan dia tidak pernah diberitahu perkara berkenaan.

Menganggap hanya orang disekeliling yang melatah, Faizal bagaimanapun mengakui perjalanan album ketiganya agak kurang mendapat sambutan berbanding album terdahulu.

Tidak melihat cerita panas yang berlegar ini sebagai punca, Faizal sedia bertungkus lumus untuk kejayaan album ketiganya selepas sambutan AIdilfitri nanti.WartawanHits, Aida Rizmariza menemubual beliau.

Bagaimana perkembangan album baharu?
FT: Saya sendiri tidak tahu mana silapnya. Kalau nak katakan tanpa promosi saya mungkin faham. Akan tetapi saya sudah melakukan sebaik mungkin untuk pelancaran album ini dan masih gagal mendapat sambutan.

Sebagai artis lelaki popular negara, mustahil album terbaru ini gagal sampai ke pengetahuan peminat?
FT:Saya tidak salahkan label atau mana-mana pihak. Ini semua berjalan atas dasar kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Tetapi mungkin juga album ini dilancarkan ketika negara sedang sibuk menghadapi pilihan raya dan, peminat tidak terlalu ambil pusing mengenai album ini.

Ini menguatkan lagi khabar angin yang tersebar mengatakan Faizal di gam, boleh jelaskan?
FT: Saya tidak pernah keluar kenyataan mengenai hal itu. Tentang itu, saya juga tidak pernah diberitahu mana-mana pihak. Tetapi siapa yang tahu tahulah. Kalau nak kata album ini terkesan melalui kontroversi sepatutnya album ini orang lebih tahu.

Sebuah rancangan televisyen secara tiba-tiba membatalkan penyertaan Faizal pada saat-saat akhir, betul ke?
FT: Saya rasa soalan itu lebih tepat untuk ditanyakan kepada pihak produksi itu sendiri. Sebabnya bukan saya yang membuat keputusan. Malah saya tahu mengenai hal ini juga pada saat-saat akhir, sama ada saya terkilan dengan kejadian tersebut itu tidak pernah terlintas memandangkan saya melihat ini semua sebagai bukan rezeki saya.

Bermulanya episod ini apabila Faizal dengan lantang menyangkal pendapat Norman KRU, jadi bagaimana keadaan hubungan Faizal dengan Norman kini?
FT: Ianya berlaku dalam tempoh yang sekejap, dalam keadaan negara sedang menghadapi pilihan raya. Secara jujurnya saya tidak mempunyai masalah dengan Norman. Hanya masyarakat sahaja yang melihat perkara ini besar, padahal perkara ini tidaklah terlalu serius.

Melihat apa yang terjadi, mungkin Faizal akan lebih berhati-hati kini untuk menyuarakan pendapat selepas ini?
FT: Saya akan sentiasa menjadi diri saya sendiri, apa yang penting saya tidak pernah mahu menjadi hipokrit. Selagi saya rasa pendapat yang dilontarkan tidak salah di sisi agama dan undang-undang saya akan tetap akan berpegang pada pendirian yang sama. Saya seorang jujur dan akan tetap mencari jalan terbaik untuk menyuarakan pendapat saya.

Bagi Faizal sendiri yang lebih arif mengenai perkara ini mungkin ada kata-kata yang dapat melegakan hati peminat Faizal.
Saya tahu hal sebenar, dan apa yang boleh saya katakan saya tidak berada dalam keadaan yang merugikan.


3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukulangau 5-8-2013 05:56 PM
generasi sekarang lebih dengar lagu omputeh dari lagi melayu
tv pun dorang tengok mtv dari tv3
Quote kukulangau 5-8-2013 05:57 PM
even radio pun dorang lebih suka dengan rickdees top 40 tu
apa kelas dorang nak dengar carta era
Quote kukulangau 5-8-2013 05:57 PM
tinggal orang lama je lagi layan lagu2 melayu
Quote kukulangau 5-8-2013 05:57 PM
so para artis dan penggiat seni pikir pikir kan lah
Quote PITTSBURGH 5-8-2013 05:58 PM
kena buat keja lain kot lps ni..berlakon ke..
Quote PITTSBURGH 5-8-2013 05:59 PM
blh donlod free ajah
Quote kukulangau 5-8-2013 06:01 PM
PITTSBURGH posted on 5-8-2013 05:58 PM
kena buat keja lain kot lps ni..berlakon ke..

kalau berlakon ok lagi kot
sebab kalau dah penuh semua panggung untuk cerita lain
selalunya dorang layan jugak cerita melayu
especially yang kapel kapel ni
janji dapat dating dalam panggung


Quote pakwetizzaqyah 5-8-2013 06:11 PM
sbb tu ko kurus eh pejal?? elbem tk laku..

lagu stereotaip la..balik2 seni kata aku kamu aku kamu.....coba variasikan seperti kamu variasikan teknik mengawan dengan isteri kamu yang terchenta itu..
Quote PITTSBURGH 5-8-2013 06:17 PM
bkn dia ni seswatu ke dengo2 nye..
adala sambedi tol me b4..
Quote pengimbas 5-8-2013 06:26 PM
ramai lagi ke orang yang beli cd/kaset nih? aku last beli kaset rage against the mesenjait the battle of los angeles...
Quote akik 5-8-2013 06:29 PM
sebab lagu tak sedap kot....?lagu pun macam lebih kurang je dulu sampai sekarang...
Quote PITTSBURGH 5-8-2013 06:36 PM
kukulangau posted on 5-8-2013 06:01 PM
kalau berlakon ok lagi kot
sebab kalau dah penuh semua panggung untuk cerita lain
selalunya dora ...

rasanya dia kena potong rambut pendek klu nak lakon..tk seswai beno ambut pjg..tau lah seswatu..tp tk pyh la ambut pjg..tk maco
Quote 311gurl 5-8-2013 06:38 PM
generasi sekrang generasi KPOP..tak main la lagu abg faizal ni
Quote eLiaD 5-8-2013 06:51 PM
PITTSBURGH posted on 5-8-2013 06:36 PM
rasanya dia kena potong rambut pendek klu nak lakon..tk seswai beno ambut pjg..tau lah seswatu..tp ...

rambut dia da pendek la bhaii..nice style..cuma lagu nya ke laut..kena bnyk experimental.. faizal2.jpg
Quote PITTSBURGH 5-8-2013 06:59 PM
eLiaD posted on 5-8-2013 06:51 PM
rambut dia da pendek la bhaii..nice style..cuma lagu nya ke laut..kena bnyk experimental..

owh,,dah ptong ye..bgus le tk payah aku suruh dia dh buat dulu
Quote timahterung 5-8-2013 07:03 PM
kukulangau posted on 5-8-2013 05:57 PM
even radio pun dorang lebih suka dengan rickdees top 40 tu
apa kelas dorang nak dengar carta era

orang melayu jakun yang kengkunun ada kelas je dengar and tengok hiburan omputeh .. Orang melayu yg standard dan dah tau berfikir ramai tengok drama melayu and support lagu melayu sekarang ni...
Quote amieab 5-8-2013 07:23 PM
ko tukar smla buat albem nasyid kontemporari macam dulula pejal oi...tengok lagu aku tanpa cintamu yg ko nyanyi ngan bang jj tu, best...cer buat cam tu semula...tak mustahil ko akan disokong bukan sahaja oleh penduduk Malaysia malah sampai Timbaktu ko akan disokong..percayalah....
Quote nashrudean 5-8-2013 08:15 PM
skrg zaman pelakom....dulu tahun 90's and early 2000 zaman penyanyi...
Quote noraidil_06 5-8-2013 08:17 PM
sbb lu poyo la mamat

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top