Hari Raya dah semakin dekat, debarannya kian terasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan persiapan juga tidak kurang hebatnya. Dari golongan biasa sehinggalah golongan selebriti. Rozita Che Wan atau Che Ta juga tidak ketinggalan dalam persiapan Hari Raya nya kali ini Beraya dengan bakal suami, Zain Saidin dan juga Hari Raya terakhir sebagai seorang yang berstatus janda sebelum menjadi isteri pada bulan Disember nanti. Anda jangan terkejut, jika dikatakan berapa helai pakaian yang Rozita sediakan Raya tahun ini. Ini adalah wawancara ringkas yang dipetik dari portal Beritaharian. Ketika ini saya lebih teruja nak beraya. Mungkin lepas raya baru nak terasa debarnya kot. Iyalah ada yang mengusik ini tahun terakhir saya menyambut Syawal dengan status solo. Persiapan raya untuk anak dan diri sendiri, saya macam biasa siapkan sebelum puasa lagi.
|
ADVERTISEMENT