CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pilu, Keluarga Ini 'Shopping' Barangan Sekolah Anak Di Tempat Barang Buangan

20-12-2016 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8513| Komen: 29|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi dan sekarang ini pasti ibu bapa sedang sibuk menyiapakan segala kelengkapan anak-anak.

Tidak dinafikan dengan harga barangan yang semakin tinggi hari ini, ramai yang mengeluh namun sebagai ibu bapa mereka tetap berusaha memberi yang terbaik untuk yang tersayang.


Pengalaman yang berlaku depan mata seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Shuhaimi Zulkefli di laman Facebook ini dikongsi atas dasar memberikan keinsafan pada semua.


Menurutnya, dia terjumpa sebuah keluarga yang sedang sibuk 'shopping' barang kelengkapan sekolah.

Apa yang menyedihkan ialah mereka bukan membeli di pasaraya besar atau gedung pakaian tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh yang kebanyakannya barang buangan atau dikutip dari longgokan sampah.


"Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia, sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk."

Foto: FB Shuhaimi Zulkefli
Menurutnya lagi, si emak pula memberikan sebuah beg sekolah yang lusuh dan berselut untuk dicuba oleh si anak. Ceria betul anak itu bila dipakaikan kerana tak sabar untuk masuk sekolah baru.

"Tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!"

Sebak, walau hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan keluarga ini masih bersyukur dan tetap bahagia.

Netizen yang membaca kisah ini turut meluahkan rasa sedih dan simpati mereka.

Foto: FB Shuhaimi Zulkefli
Bersyukurlah, jika kita sudah merasakan diri ini susah, ingatlah ada ramai lagi di luar sana yang lebih merana hidupnya dari kita.

Jadi jangan sesekali mengeluh, sebaliknya tingkatkan usaha untuk membantu diri sendiri serta orang di sekeliling kita. -CARI
13

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
24

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 20-12-2016 04:05 PM
sedihnya la... beg ke apa ok lagila beli yg terpakai boleh basuh kalau takat selut bagai tu...botol air pun amik yg terpakai.... patut mamat ni amik contact no dorg ni... ramai je yg sanggup belikan yg baru...tp satu aku respek...susah2 pun maintain sediakan barang sekolah anak untuk anak2 pergi sekolah...compare dgn parents2 jenis lahanat... asal miskin sikit je kompom berhenti kan anak2 dr sekolah...
Quote PongKang 20-12-2016 04:15 PM
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan amik mana dorg nak. sorg satu.
Quote Kebabomb 20-12-2016 04:22 PM
Kesusahan dia Tak mengharap ehsan orang lain.. Ada yang beranak ramai, KERJA MALAS... Bila tiba raya atau buka sekolah sibuk mintak ehsan simpati orang lain...

Quote imransulaiman 20-12-2016 04:30 PM
PongKang replied at 20-12-2016 04:15 PM
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan a ...

Boleh... Buat skala kecil dulu. Contohnya di tempat awak, awak mula dulu. Tak payah target seluruh kampung. Awak cari satu keluarga yang miskin, awak bantu setakat yang mampu. Atau awak pakat dengan semua kawan yang awak ada...yang ringan hati nak membantu  

Ramai yang buat macam ni...cuma bukan dalam skala yang besar  
Quote kuzaime 20-12-2016 04:32 PM
PongKang replied at 20-12-2016 04:15 PM
sedihnya... bole x kita buat satu tempat komuniti dan letak barang2 keperluan utk budak2 pilih dan a ...

Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersedekah asalkan kita ikhlas n ikut tahap yg kita mampu.
Sebut pasal baju Sekolah, baju anak2 aku ada yg masih elok n boleh guna..tp x tau nk bagi pd sapa sama jugak ngan baju2 harian. Mana2 yg dah x muat, smua asingkan 1 tmpat..kemas2 balik hari tu bnyk dah ada kesan kuning pd lipatan Kain..tp smuanya masih elok..
Quote CrowneGlory 20-12-2016 04:38 PM
gigahertz replied at 20-12-2016 04:34 PM
berita semalam kot tukang masak 13tahun keje kerajaan di tahan kerana mencuri bahan masakan di pas ...

kannn...sedih despite susah pun ttp belikan barangan keperluan sekolah untuk anak2 ikut kemampuan dorg...malangnya itu je la tahap kemampuan mereka... aritu sedara aku kat semenyih citer dorg ada buat pasar lambak free 'back to school' semua barangan/buku/baju sekolah terpakai tp still in mint condition neighborhood situ yg kumpulkan & sumbangkan...aku harap kawasan lain pun buat la mcm ni ...kita x tau mungkin dlm kalangan kita ada yg mcm ni...
Quote nut.legacy 20-12-2016 05:15 PM
sedihnya.. kalau ada details pasal family ni nk jugak sedekahkan brg kat diorang.
Quote Jigglyjiggle 20-12-2016 05:37 PM
Bukan si suhaimi ni yg delusi katun Moana hari tu
Quote PongKang 20-12-2016 07:01 PM
kuzaime replied at 20-12-2016 04:32 PM
Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersed ...

tula aku nk mulakan kat tempat aku la.. at least tolong sorg dua dulu kan..
Quote PongKang 20-12-2016 07:02 PM
imransulaiman replied at 20-12-2016 04:30 PM
Boleh... Buat skala kecil dulu. Contohnya di tempat awak, awak mula dulu. Tak payah target seluruh ...

tula aku nak mulakan kt tempat aku dlu.. dpt sorg dua dulu pun jadilah at least..
Quote imransulaiman 20-12-2016 10:03 PM
kuzaime replied at 20-12-2016 04:32 PM
Yg ni aku setuju sis..baju2 Sekolah, masih ada yg harga mampu milik n Kain pun jenis yg ok. Bersed ...

Cuba tanya cikgu-cikgu sekolah...mana tau dorang ada kenal murid-murid yang memerlukan. Boleh serah pada dorang. Nanti dorang tolong agihkan  
Quote imransulaiman 20-12-2016 10:04 PM
PongKang replied at 20-12-2016 07:02 PM
tula aku nak mulakan kt tempat aku dlu.. dpt sorg dua dulu pun jadilah at least..

Betul tu.. Niat dah ada.. Semoga terlaksana  
Quote krustykrab 20-12-2016 10:33 PM
Semga kuarga ni di murahkn rezeki dan anak2 nya bijak2 belaka agar dpt ubah nasib kuarga....semoga mak dan ayahsentiasa menjaga kebajikan anak2
Quote PongKang 20-12-2016 10:34 PM
imransulaiman replied at 20-12-2016 10:04 PM
Betul tu.. Niat dah ada.. Semoga terlaksana

tq imran. sabtu nk ni nk cari dan bagi.
Quote alieyrina 20-12-2016 11:25 PM
Adoii bagi la no. Ka alamat org boleh jenguk tolg apa2 yg patut...ni cerita ja..

aku byk baju anak yg dah kecik2 x muat pakai..nak p cari org susah aku xdak masa lak..

kt tmn aku ada lorii kebajikan cina duk mai kutip brg2 kita x mau..tp aku x bagi..x pecaya..puas hati kalau sendiri yg bagi ke tgn  org susah
Quote matchstick 21-12-2016 09:10 AM
Jigglyjiggle replied at 20-12-2016 05:37 PM
Bukan si suhaimi ni yg delusi katun Moana hari tu

Tgk gmbr bersongkok tu mcm org yg sama..
Mmg sedih baca citer ni..kalo x btol aku hempuk jgk pale budak ni. Dh bergenang air mata baca td
Quote hanisbunny 21-12-2016 02:02 PM
ya Allah sedihnye..wlpon mak pak I xkaya, tp klu hari raya, persekolahan bermula, Alhamdulillah I dpt juga merasa barang baru..tu yg bile bace kisah mcm neh trs jd sedih..lg bertambah sedih teringat muka gembira adik tu yg seronok dpt beg lusuh......muhasabah diri btul2 coz i teringat kecik2 dulu klu mak pak beli barang yg i xberkenan ade jgk la I protesnya..padahal susah payah diorg cari duit nk belikan i brg2 tu..waaaaaaa....
Quote Senjamalam 21-12-2016 02:59 PM
kadang-kadang terasa diri ini susah sangat tapi bila terpandang kes macam ni baru aku tau ada yang lebih susah. mereka masih berusaha untuk teruskan hidup demi sesuap nasi dan pendidikan anak2..
Quote widad11 21-12-2016 03:06 PM
Edited by widad11 at 21-12-2016 03:08 PM

hmmm... sedih ka? xtau la aku.. kalo la kedai brgan terpkai ni ade sejak 20 thun yg lepas, mgkin aku n fmly lagu ni la.. kami akn hepi.. bygkan tracksuit pun aku share dgn akk aku.. die pg, aku skolah ptg.. kdg xbawak, sbb basuh, kne lari keliling padang.. mmg mak xmmpu beli..

sekarang.. aku mampu la beli tracksuit suma.. tp aku mmg suka p kedai terpakai lagu ni.. mcm2 ada.. kdg beg coach ori pon ada.. aku juai online.. muleh buat part time.. hangpa taip preloved.. kat fb , ig, rmai duk beli.... baju2 anak2 elok2 org kat kedai terpakai ni.. aku ske sgt2...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top