|
Susulan kes seorang remaja lelaki yang melecur di tangan selepas membeli 'biskut berasap', pengeluar atau penyedia makanan haruslah memastikan cecair nitrogen yang digunakan dalam produk meruap sepenuhnya sebelum dijual. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini bagi mengelak pengguna melecur atau mengalami radang dingin (frostbite). “Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap." Memetik laporan Astro Awani, Hisham turut menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.
“Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul." Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) turut mengesahkan bahawa persatuan itu ada menerima lima aduan daripada orang awam berhubung kejadian sama. Cecair nitrogen adalah gas nitrogen tidak berbahaya yang disejukkan ke suhu yang sangat rendah iaitu negatif 196 celcius sehingga menjadi cecair. Ia banyak digunakan dalam industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim. -CARI |
|
18
![]() Bagus |
17
![]() Marah |
21
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
40
![]() Lawak |
19
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

TuntungReturn replied at 19-12-2016 09:58 AM
biskut apa?

annehuda replied at 19-12-2016 10:02 AM
biskut dragon's breath namenye abang tungtung.


:annehuda replied at 19-12-2016 10:02 AM
biskut dragon's breath namenye abang tungtung.

ADVERTISEMENT