Ramai di antara kita yang selalunya akan membeli barangan dari penjual yang datang menjaja dari satu meja ke satu meja. Apatah lagi, jika penjual tersebut mengatakan wang hasil jualan itu akan digunakan untuk membiayai pengajian adiknya. Pastinya, ramai akan bermurah hati untuk menolong, dan apalah sangat dengan membantu membeli kek cawan yang harganya cuma RM10 untuk 5 biji, kan? Namun, gimik jualan ini didedahkan oleh seorang netizen yang baru-baru ini menyedari terlampau banyak penjual kek cawan berlegar ditepi jalanan mencari mangsa.
Menurut seorang netizen yang cuma dikenali sebagai Winnie, dia telah berkongsi pengalamannya di sosial media selepas berdepan dengan situasi ini. Menurutnya, dia berdepan dengan seorang lelaki yang membawa beg penuh dengan kek cawan yang datang kepadanya di dalam sebuah kafe namun dia menolaknya dengan sopan. Walau bagaimanapun, penjual kek cawan tersebut mula menangis tidak berhenti-henti disebabkan Winnie tidak mahu membelinya. Netizen lain yang membaca kisah ini mengatakan mereka juga berdepan dengan perkara yang sama namun di lokasi yang berbeza. Mereka juga mendakwa ramai penjual kek cawan itu sekarang bergerak aktif dan berleluasa di Johor Bahru. Ada juga seorang wanita yang mengatakan dia membeli kek cawan tersebut di Kuala Lumpur namun apa yang menimbulkan keraguan adalah dia berdepan gimik yang sama semasa berada di Johor Bahru. Ceritanya serupa iaitu untuk membiayai pengajian adik perempuannya. Seorang netizen memberikan komen, "Lelaki penjual kek cawan itu akan mengatakan yang dia datang dari Filipina. Mereka selalunya menggunakan gimik yang sama. Saya mempercayai cerita tersebut pada mulanya, namun kemudian sedar ia adalah sindiket yang sama." Sekarang, sindiket itu telah pun menular di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Seremban, Masai dan Permas. Biasanya penjual kek akan membawa sekali kad bertulis, "Excuse me for a while, I'm xxx knocking on your generous heart to please buy my special muffins to support my daily needs. Thank you and more blessings to come." Walaupun tahu tentang taktik penipuan tersebut, ada juga netizen yang berpendapat ianya tidak salah kerana mereka berusaha untuk mencari duit. Antara komen netizen. Jadi, menurut anda pula bagaimana. Adakah ianya beretika untuk sengaja menjaja cerita tidak betul semata-mata untuk membuatkan jualan kita laku? -CARI |
25
Bagus |
20
Marah |
25
Terkejut |
27
Sedih |
31
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 19-12-2016 12:23 PM
pinoy kah? kalau setakat kaum pendatang yg jual mmg selayaknya kena maki ... ntah mcm mana cara pemb ...
net_level replied at 19-12-2016 12:40 PM
iols sokong...
in fact foreigner sekarang ramai yg mengemis tepi2 jalan tunggu dekat traffic ligh ...
irwansuhadi replied at 19-12-2016 12:31 PM
tolonglah..jangan lah beli dari diorang...
isu halal haram satu hal...
mereka nih sudah terlampau ...
felinecat replied at 19-12-2016 12:43 PM
yg ni waktu ak pergi pj, traffic light bawah jambatan motorola
matchstick replied at 19-12-2016 12:55 PM
Yg duk kt stesen2 minyak jual kopok keping tu org apa ek? Kesian tgk. Seharian duk situ mcm xde org ...
mamapea replied at 19-12-2016 01:04 PM
btl2..kesian sgt tengok...slalunya aku mmg x beli la...aku sedekah jer...
kt petronas tmn melati ...
matchstick replied at 19-12-2016 01:10 PM
Haah..mmg muka sayu je dorg. Besa lelaki umur 40-an gitu pakai kopiah. Selalu tgk ada kt petron sb ...
net_level replied at 19-12-2016 12:40 PM
iols sokong...
in fact foreigner sekarang ramai yg mengemis tepi2 jalan tunggu dekat traffic ligh ...
ADVERTISEMENT