CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setakat Ini, Jangkitan Virus Zika Bertambah Jadi Lapan Kes- KP Kesihatan

19-12-2016 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2185| Komen: 0

Description: Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun dari Petaling Jaya, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kes dilaporkan di negara ini.
Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun dari Petaling Jaya, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kes dilaporkan di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya menerima laporan jangkitan itu pada 14 Dis lalu yang dikesan melalui Sistem Survelan Virus Zika.

Jelas beliau, pesakit terbabit telah mengalami gejala demam, loya dan cirit-birit pada 28 Nov dan menerima rawatan pertama pada 30 Nov di Klinik Kesihatan Tangling tetapi ujian darah tidak menunjukkan kelainan yang signifikan.

"Pada 1 Dis, pesakit kembali ke klinik dengan gejala bisa badan dan sendi namun saringan denggi menunjukkan keputusan negatif, dan kes dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Petaling sebagai disyaki denggi dan pesakit diminta kembali setiap hari bagi memantau ujian darah."

Tambah Datuk Dr Noor Hisham, aktiviti kawalan telah dilaksanakan di lokaliti kediaman dan tempat-tempat lain yang pernah dilawati pesakit di samping mengambil sampel darah dan air kencing keluarga terdekat untuk ujian saringan Zika.


Masyarakat dinasihatkan untuk memastikan kawasan di dalam dan di luar rumah sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengambil langkah-langkah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk.- CARI

sumber foto: CARI Grafik

12

Bagus
13

Marah
26

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043605 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top