CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Tuntut Penjelasan China Tempatkan Aset Tentera Di Laut China Selatan

16-12-2016 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4802| Komen: 33


Susulan baru-baru ini, sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Asia Maritime Tranparency Initiative (AMTI) mendedahkan gambar kononnya China menempatkan aset tentera di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan, justeru itu, Malaysia menuntut penjelasan China.


Memetik laporan Bernama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau akan menulis surat menuntut penjelasan kepada rakan sejawatnya, Jeneral Chang Wanquan, dalam tempoh terdekat ini berhubung dakwaan itu.

“Sekiranya gambar ini benar, ia akan menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa hingga mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan,”  katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Wisma Pertahanan hari ini."

Katanya, beliau juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter, untuk meminta penjelasan mengenai gambar daripada imej satelit yang didedahkan AMTI.


Rabu lalu, AMTI mendedahkan imej satelit yang dikajinya menunjukkan China meletakkan sistem pertahanan, termasuk senjata antipesawat dan antipeluru berpandu, di semua tujuh pulau buatan yang dibinanya di Laut China Selatan.

AMTI berkata, penemuan itu diperoleh walaupun, kenyataan pemimpin China bahawa Beijing tidak berniat meletakkan tentera di kepulauan yang menjadi laluan strategik perdagangan, di mana wilayah itu juga dituntut oleh beberapa negara.

Malaysia antara negara yang turut menuntut kedaulatan ke atas wilayah di Laut China Selatan itu.- CARI

sumber foto: https://amti.csis.org/ & http://topnews.in/

22

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
31

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cknoriz 16-12-2016 06:35 PM
sebok je amariiika ni...pm jibby kata no hal buh la apa pun malaysia now China yg punya...
Quote cknoriz 16-12-2016 06:37 PM
patut pi minta penjelasan pm jibby apa daaaaaaaaa....opsss lupa lak cousin...
Quote deezeck 16-12-2016 06:38 PM
Ini namanya diplomasi berhemah

Bukan semberono nak join proksi sana, gertak nak perang sini
Quote mbhcsf 16-12-2016 06:46 PM
washington kata apa pulak ?reaksi balas...Jeneral Trump
Quote Joannalee 16-12-2016 06:55 PM
Tu dia akn tulis Akan hantar Surat Akan tuntut penjelasan. Maksud ye tak Akan la tu
Quote giver 16-12-2016 06:56 PM
amerika dan cina berbalah malaysia mati ditengah tengah ,,tahniah

Quote ohnoLia 16-12-2016 07:30 PM
Apalah susahnya.. kita claim lah imej satelit tu di ragui.. sehingga dibuktikan dgn benar dan nyata
Quote kelana36 16-12-2016 07:53 PM
eh, katanya GEOSTRATEGY , kenapa mintak penjelasan pulak..?
Quote b!natang 16-12-2016 07:54 PM
Aset malaysia lagi lama ada
Quote MatDeghem 16-12-2016 07:59 PM
deezeck replied at 16-12-2016 06:38 PM
Ini namanya diplomasi berhemah

Bukan semberono nak join proksi sana, gertak nak perang sini



diplomasi berhemah

Quote b!natang 16-12-2016 08:06 PM
Tuntut juga penjelasan mengenai penempatan ayam ayam china di malaysia ini
Quote gigahertz 16-12-2016 08:20 PM
giver replied at 16-12-2016 10:56 AM
amerika dan cina berbalah malaysia mati ditengah tengah ,,tahniah

seeloknya kita serang mereka dulu
Quote giver 16-12-2016 08:29 PM
gigahertz replied at 16-12-2016 08:20 PM
seeloknya kita serang mereka dulu

serang sendiri je la ,,kami tak ikut
Quote kelana36 16-12-2016 08:32 PM

  Jom kita serang.....


555291-china-lioning.jpg
Quote MatDeghem 16-12-2016 08:39 PM




Quote deezeck 16-12-2016 08:50 PM
MatDeghem replied at 16-12-2016 08:39 PM

Asyik2 umno

Respons dapigs talak kah?
Quote ultramantujuh 16-12-2016 09:40 PM
Aduhai, lu siapa, kuasa besar kah? Mahu tuntut penjelasan dari China, setiap orang rakyat China ludah sekali sahaja, Malaysia pun banjir lah.... cermin lah diri dulu.. nanti China marah dan tak nak import kelapa sawit dan tarik semua pelabur nya dari Malaysia, nanti baru menangis pun tak guna.  
Quote pyropura 16-12-2016 09:54 PM
Edited by pyropura at 16-12-2016 09:59 PM

PART ONE:

Msia: Kami dapat berita Prc mula pasang senjata kat Spratlys.

Prc: Mana ala maa, itu sumua olang putih  bohong miya, muleka sumua cumbulu kujayaan ummah china selet maa

Msia: Kami masih tak puashati, tolong jelaskan berita pemasangan senjata itu

Prc: Ok ok kami jelaskan, itu gamba sibilah kanan punya kitabikin sinjata STA pakai itu plastik Lego made in china.ITU GAMBA sibilah kili aatas, kita pasang pelulu berpandu main main miya, made in china
Quote kemaruk 16-12-2016 09:56 PM
woii woii kena tegas woii

tegas macam cikgu tadika woii

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078792 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top