CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Lawat Hishammuddin Di Hospital

5-12-2013 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3635| Komen: 5

Description: Kuala Lumpur - Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah Hari Ini Berkenan Berangkat Melawat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Yang Dirawat Di Hospital Swasta Di Sin ...

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat melawat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dirawat di hospital swasta di sini.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut oleh para pegawai Kementerian Pertahanan dan Hospital Gleneagles.

Seri Paduka berdua meluangkan masa selama setengah jam dengan Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, sebelum berangkat pulang.

Hishammuddin, 52, dimasukkan ke hospital itu pada Isnin lalu bagi menjalani prosedur angioplasti setelah disahkan mengalami masalah saluran arteri sempit.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikesan mengalami masalah jantung


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nash^Roy 5-12-2013 12:54 PM
Diharapkn datuk seri discharge dr spital lam keadaan sihat walafiat..
Quote Maideen. 5-12-2013 01:06 PM
Seluruh rakyat Malaysia pastinya merasa terharu dan menjunjung kasih kepada DYMM Seri Paduka Baginda kerana sudi mencemar duli.....
Quote sekel 5-12-2013 01:14 PM
Semoga sihat kembali
Quote Al-Patih 6-12-2013 05:55 AM
steady le Hisam ...itu cuma nak test power ...
Quote AdsMsia 6-12-2013 06:07 AM
ok next health campaign

kurangkan lemak dalam makanan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044916 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top