Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kononnya bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN, jika mereka tidak menukar dengan kad baru sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dicas sebanyak RM12.70 oleh pihak bank. Memetik laporan Mynewshub, pihak Maybank dalam satu kenyataan menafikan mereka akan mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru. “Jika anda menerima mesej sedemikian, sila abaikannya, Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan.” “Tiada sebarang cas terlibat untuk penggantian kali pertama,” kata pihak Maybank.
Loading FB Post... Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini di mana selepas tarikh itu penggunaan kad akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 01.01.17. Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara. “Kami meminta semua pelanggan untuk merujuk kepada laman web kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad,” jelas pihak Maybank. Berikut adalah lokasi Kiosk penukaran Debit kad yang disediakan oleh Maybank: - CARI 1) Maybank KL Main 2) Maybank TTDI 3) Maybank USJ Subang Jaya 4) Maybank Mid Valley 5) Maybank KLCC 6) Maybank Jalan Gombak 7) Maybank The Reef rawang 8) Maybank Klang 9) Maybank KL Sentral 10) Maybank Bandar Baru Ampang 11) Maybank Pandan Indah 12) Maybank Jalan Kelang Lama 13) Maybank Puchong Jaya 14) Maybank MIB Bandar Baru Bangi 15) Maybank Kajang 16) Maybank AEON Mall Shah Alam 17) Maybank Seremban 18) Maybank Port Dickson 19) Maybank Nilai 20) Maybank Johor Bahru Main 21) Maybank Taiping 22) Maybank Alor Setar 23) Maybank Penang Main 24) Maybank Kangar 25) Maybank Batu Pahat 26) Kuala Terengganu 27) Bukit Ubi |
11
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
6
Sedih |
19
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sebu replied at 16-12-2016 05:53 PM
Tapi cimb kena rm 15 kata staff cimb sendiri masa aku pergi tukar baru ni
chiquititamichi replied at 16-12-2016 09:03 PM
Yg viral kata rm12.90...the true is..rm15? Lagi mahal...kekadang staff tu saje nak menakutkan org ...
MeghanK replied at 16-12-2016 09:34 PM
g tukar kat bank islam, kesian kat atuk nenek tua pakat datang tukar kad jugak..padahal ada yang aka ...
famri7 replied at 17-12-2016 04:32 PM
Buat dkt maybank2u jah sis xpayah gigeh basah celah nk beratur di bank.bimbo nya ummah2
saladin780 replied at 17-12-2016 05:21 PM
jgn plak mende ni jd upacara tahunan plak ye..setiap tahu bank suh tukar kad baru
jazaa100 replied at 16-12-2016 07:46 PM
byr je lah rm12 tu klu iya pun kena denda dari beratur pjg-pjg...salah gaya pitam pulak nati...
T ...
ADVERTISEMENT