CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maybank Drive Thru"

26-11-2013 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10165| Komen: 99

Kereta rempuh pintu bank

CetakEmel Kawan


ANGGOTA polis memeriksa keadaan kenderaan yang dipandu seorang wanita berikutan terbabit kemalangan selepas merempuh pintu masuk sebuah bank di Sabak Bernam, Selangor, semalam.


Sabak Bernam: Pelanggan yang sedang berurusan di sebuah bank di sini, terkejut apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita merempuh pintu kaca depan bank, pagi semalam.

Ketika itu, kira-kira 50 pelanggan berada dalam bank berkenaan dan mereka dilaporkan selamat.




Pemandu Perodua Viva, Azizah Hasbullah, 60, berkata beliau sedang cuba mengundurkan kenderaan itu tanpa menyedari gear kereta berada dalam kedudukan pandu.


Katanya, apabila cuba menekan brek kereta itu, beliau tersilap dan tertekan pedal minyak menyebabkan kereta yang dipandu bergerak ke depan dan merempuh pintu kaca bank itu.

Saya sudah memandu lebih 20 tahun, namun kebiasaannya saya memandu kereta transmisi manual. Kereta automatik ini milik menantu yang minta saya memandu pulang kereta ini selepas tinggalkan kereta saya di sebuah bengkel untuk dibaiki, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang saksi, Hussin Morsam, 66, berkata, ketika kejadian, beliau bersama isteri, Junainah Abdul Rahman, 61, anak dan cucunya sedang duduk di bangku dalam bank itu sambil menunggu giliran untuk berurusan.

Tiada pelanggan cedera

Katanya, beliau kemudian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di depan bank itu, diikuti sebuah Perodua Viva merempuh pintu kaca bank berkenaan.

Saya terkejut sehingga menggeletar seluruh tubuh kerana menyangkakan berlaku rompakan di bank ini. Rupa-rupanya sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga kenalan saya merempuh pintu kaca bank, katanya.

Hussin berkata, beliau bersyukur tiada pelanggan atau kakitangan bank cedera, dan operasi bank yang tergendala sebentar diteruskan tidak lama kemudian selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata semua pelanggan dan kakitangan bank selamat dalam kejadian itu.


4

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 26-11-2013 11:48 AM
woman drivers!
Quote nuc 26-11-2013 11:54 AM
20 thn bawak keta manual
Quote putr@polo 26-11-2013 11:54 AM
kereta lebih 12 thn ni..
memang tak berapa nak selamat..
Quote WawaRaRa 26-11-2013 11:55 AM
klu jadi cam ni kan kos kerosakan bank saper tanggung???
Quote shahx 26-11-2013 11:57 AM
Ni maybank drive thru
Quote namirulmukminin 26-11-2013 11:58 AM
Viva??? Calling @peYno
Quote wana89 26-11-2013 11:59 AM
Kalo xbiasa bawa auto ,payah tau..  
aku dari umo 17tahun sampai abes u bawa manual.. kete kancil mak aku..aku kerja beli bibah auto, lama juga nak fit dengan auto.. dulu ada class sekarang main picit je.. tersasul kadang2.  
Quote taji2906 26-11-2013 12:01 PM
20 tahun bawak manual... agaknya biasa nak reverse tarik tombol gear dari Neutral ke belakang sekali.. ni dpt keter auto, dari Neutral tarik belakang sekali terus ke Drive la..
Quote al-asil 26-11-2013 12:07 PM
ni masalah malas berfikir je sebenarnya. kalau dah jenis pemalas tu, buat apa pun main redah je.
Quote ogata 26-11-2013 12:10 PM
wana89 posted on 26-11-2013 11:59 AM
Kalo xbiasa bawa auto ,payah tau..  
aku dari umo 17tahun sampai abes u bawa manual.. kete kan ...

hati hati oo..samam la i dulu manual memanjang..sekarang bawa auto..slow je bawa..takut tersyasyul..
Quote edoraixora 26-11-2013 12:14 PM
dah tau mak mertua tak mahir bawak auto
yang pi bagi die bawak kete tu, ape kes

ni cemaner ni, kerugian sape yg tanggung??
Quote siti_kus 26-11-2013 12:14 PM
aku kalau bawak manual jadi mcm tu.. hehe. sian makcik mesti trauma. untung pak guard x tembak ingat perompak.
Quote mak_wa95 26-11-2013 12:15 PM
salahkan kete...cuai le...auto lagi senang nak bawa...
Quote spiderman80 26-11-2013 12:16 PM
Viva ke Myvi?
Quote kecimpret 26-11-2013 12:17 PM
takde yg susahnya dr manual ke auto..lain laa dari auto ke manual..yg tu mmg susah skit sbb ia memerlukan skil..segala indicator dari D ke P ditunjuk kat dashbod..bkn tak tunjuk cam keta manual
Quote putr@polo 26-11-2013 12:20 PM
spiderman80 posted on 26-11-2013 12:16 PM
Viva ke Myvi?

tgk kat gambar tu perodua Viva kan..
Quote putr@polo 26-11-2013 12:21 PM
Insuran cover tak kemalangan mcm ni??
Quote cammie1711 26-11-2013 12:23 PM
Kesian mak cik ni....
Ni mesti kes nak cepat ni
20 tahun manual tetiba auto mmg habis la..

p/s : Jeles tgok org dpt bawak auto
Quote peYno 26-11-2013 12:23 PM
namirulmukminin posted on 26-11-2013 11:58 AM
Viva??? Calling @peYno

Ppuan??? Perodua= ppuan berpisah tiada

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054283 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top