Wah, berita baik untuk para wanita mengandung di luar sana kerana pengusaha sebuah restoran di Kuala Lumpur ini menawarkan hidangan percuma selama sebulan! Pemilik Restoran ANZ, Asseek Ali Mohamed Iqbal mengambil langkah murni tersebut sebagai 'bayaran' nazar kerana hajatnya untuk memiliki zuriat sudah dimakbulkan selepas menunggu selama tujuh tahun. Menurutnya dia faham benar dengan keinginan makan ibu mengandung yang tinggi dan mengidam pelbagai jenis makanan.
Justeru dengan adanya makanan percuma, semua kehendak dapat dipenuhi dan bakal-bakal ibu ini berpeluang makan apa sahaja secara percuma. Niatnya suci iaitu untuk berkongsi rezeki yang diberikan Tuhan. Layanan dan servis yang ditawarkan di restoran ini sangat bagus dan pastinya ibu-ibu hamil di luar sana seronok kerana dilayan bak permaisuri. Jadi ayuh ramai-ramai pakat bawa isteri, saudara mara, jiran-jiran yang hamil untuk datang ke sini ya! Lokasi: Restoran Anz, kawasan Capital Square, belakang Lulu Hypermarket, berhampiran dengan Masjid Jamek dan Kampung Baru. Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (7.30 AM- 8 PM) -CARI
|
17
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
23
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT