CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pak Guard Muat Naik Status Di FB, Dakwa Dirinya Diupah Bunuh PM Najib

15-12-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8534| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: FB Faiz Ziedainie

Gara-gara sebuah status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Faiz Ziedainie, dirinya dikecam hebat dan telah menimbulkan kekecohan di media sosial.

Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu telah mendakwa dirinya diupah untuk membunuh Najib.

Sekeping gambar dirinya yang berlatar belakangkan Putrajaya dimuat naik dengan kapsyen “Saya ke sini kerana diupah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan. Huhu.”

Walaupun tidak menyatakan siapakah sebenarnya gerangan 'Najib' yang dimaksudkan, namun berdasarkan gambar jelas individu yang dimaksudkannya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perbuatan lelaki tersebut jelas berunsurkan ugutan jenayah dan walaupun menganggapnya cuma sekadar lawak bodoh, dia sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Status tersebut terus menjadi viral malah mendapat perhatian dan dikongsikan oleh Friends of PDRM di laman Facebooknya.

Selepas menerima kritikan bertalu-talu dari netizen yang mengutuk dan tidak bersetuju dengan tindakannya, lelaki tersebut telah memohon maaf atas ketelanjuran katanya.

“Saya memohon maaf atas kesilapan post gambar ugutan saya. Terima kasih,” tulisnya.

Namun, netizen menganggap ianya sudah terlambat dan menggesa supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada lelaki tersebut kerana melakukan ugutan jenayah terhadap perdana menteri.

Mereka beranggapan bab bunuh bukan perkara lawak kerana bergurau juga mempunyai batasnya.

Antara komen netizen yang lain.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Perbuatan lelaki ini wajar dijadikan pengajaran bagi orang lain di luar sana supaya lebih berhati-hati  dalam meluahkan kata-kata. 

Fikir dulu baik dan buruk sesuatu perbuatan yang kita mahu lakukan itu, ya? -CARI
20

Bagus
19

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 15-12-2016 11:19 AM
Cari nahas btl budak ni
Quote awekjepun 15-12-2016 11:24 AM
Kuasa viral
Quote mirae7729 15-12-2016 11:26 AM
Sabun jatuh kutip mencangkung jgn menonggeng
Quote nut.legacy 15-12-2016 11:27 AM
ada tindakan berkuasa selanjutnya tu...
Quote jiji85 15-12-2016 11:34 AM
serius untung org yg bernama "najib"..sangat berdaulat nama tu ok..
Quote prettyuglybabe 15-12-2016 11:48 AM
pak guard ni yang bergurau tak kena tempat, ada pugak lobai salahkan pembangkang.. dasar macai..
Quote LautBiru52 15-12-2016 12:11 PM
Ni namanya letak pisau dekat tengkuk sendiri
Quote Lagubestbest 15-12-2016 12:34 PM
Aik? Nape korang bangkang pulak?
Quote FARRAZOOL 15-12-2016 12:36 PM
Gurau x  kena cara::
Quote Artemesiaa 15-12-2016 12:37 PM
Sendiri cari bala ni namanya
Quote whadda 15-12-2016 12:46 PM
tak pasal pasal..
Quote BebeQ 15-12-2016 02:13 PM
bodoh tu sila simpan sikit ye dik.
Quote siskepoh 15-12-2016 05:21 PM
jgn nak men gurau2 sekarang ni.silap sikit ke jail la kau dik
Quote nikola.tesla 15-12-2016 05:22 PM
habis la ko lepas ni .
Quote Skuau 15-12-2016 08:38 PM
Jgn marah dia,dia tak sekolah tinggi....dia juga agak bodoh2 sikit.....sebab tu dia jadi pak guard jer....maafkanlah dia.
Quote jazaa100 15-12-2016 09:25 PM
Ngok lah kau ni....
Takkn nak bg alasan dgr suara suruh letak kapsyen mcm tu....



Quote huehue 15-12-2016 10:08 PM
Tak fikir sebelum gurau. Kalau PM Najib tu tak guna macam mana pun, buat ugutan bunuh tetap salah.

Tambah pula belakang tu putrajaya. Everyone knows which Najib yang you cakap. Merasalah kena viral.

*Hmm kang kalau kata padanlah kerja pak guard je kau marah pula. Nasib baiklah mengeja penuh tak short form pelik pelik macam orang tak belajar menulis
Quote WhiskeyScotch 15-12-2016 10:38 PM
Part-part cakap nak bunuh ni mana boleh dibawa bergurau.!!!

Criminal Intimidation!!!

Kalau dihadapkan ke mahkamah sila PG ye!
Quote matchstick 15-12-2016 10:43 PM
Skuau replied at 15-12-2016 08:38 PM
Jgn marah dia,dia tak sekolah tinggi....dia juga agak bodoh2 sikit.....sebab tu dia jadi pak guard j ...

Setuju..dh mmg iq dia takat tu je.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066483 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top