“Ada artis menganggap melayan peminat kurang penting. Oleh itu, jangan cemburu kerana saya memberi sepenuhnya kepada peminat." Menurut pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, hanya dalam masa setahun dia sudah berjaya meraih lebih 10 anugerah, namun pencapaian cemerlang itu adalah mustahil untuk dicapai jika tiada sokongan kuat daripada peminat.
“Saya memerlukan sokongan peminat dan pihak media untuk mempromosikan muzik diperjuangkan. Kalau bergantung kepada media sosial saja memang tidak cukup,” katanya kepada Harian Metro. Ayda akui dia meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pengikutnya di media sosial setiap hari kerana baginya, peminatlah yang akan mengundi artis apabila ada anugerah dianjurkan.
Media sosial digunakan sepenuhnya oleh Ayda bukan sahaja untuk melayan peminat, malah dia turut mencari maklumat berkenaan dirinya di laman sosial. “Selepas mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah, saya akan mencari nama sendiri di Twitter untuk mengetahui sekiranya ada peminat berkongsi sesuatu mengenai saya. “Tidak salah artis mencari nama sendiri di Internet kerana dapat mengambil komen peminat untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada masa sama, ini bermakna saya menyedari apa orang sekeliling bercakap mengenai saya,” katanya. Sementara itu, bukan satu, malah tiga trofi berjaya dirangkul Ayda Jebat pada malam kemuncak Anugerah Melodi 2016, Sabtu lalu. Bukan itu sahaja, malah Ayda juga berjaya mengatasi artis nama besar dalam industri muzik yang tercalon dalam kategori Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan anugerah utama Personaliti Artis Sensasi Melodi 2016. Tahniah Ayda kerana berjaya meraih pelbagai anugerah. Semoga terus bergiat aktif dan memberi sumbangan dalam industri seni tanah air. - CARI |
20
Bagus |
21
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT