Kemaskini : 6.15petang Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter di Banda Acheh, Indonesia kali ini. Menurut kenyataan Wisma Putra, seramai 428 penuntut di Banda Acheh dilaporkan dalam keadaan selamat. Memetik laporan Reuters, setakat ini, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap dan berpuluh-puluh bangunan runtuh, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.
Difahamkan, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya. Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan. Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dikemaskini : 11pagi Gempa bumi kuat 6.4 magnitud melanda perairan wilayah Aceh di utara Sumatera awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) di utara Reuleuet pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, demikian menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Aceh pernah menerima bencana susulan tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004. Memetik laporan Portal Tribun Medan, lebih 20 orang dilaporkan menerima ajal dan puluhan penduduk Kabupaten Pidie Jaya mengalami kecederaan akibat terkena runtuhan bangunan dan kesemua mangsa kini menerima rawatan di hospital Sigli. Portal berkenaan juga antara lain melaporkan tiga unit rumah kedai empat tingkat yang terletak di Gampong Sukon Teupinraya, Kecamatan Glumpang Tiga, runtuh sewaktu gegaran kuat itu terjadi. Pada Jun lalu, gempa 6.5 magnitud yang melanda barat Sumatera menyebabkan banyak bangunan rosak manakala lapan cedera.- CARI |
2
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
black.hitam replied at 7-12-2016 09:04 AM
ini adalah ujian dari Allah biar pun Acheh sudah melaksanakan undang2 syariah & hudud
Monafake replied at 7-12-2016 09:06 AM
Harap Myanmar kena gempa bumi
Goat.fcuker replied at 7-12-2016 09:45 AM
Ujian.. Ye.. Ujian
cancer_files replied at 7-12-2016 10:11 AM
Foto - foto semasa gempa berlaku
https://news.detik.com/berita/d- ... bangunan-yang-rusak
cancer_files replied at 7-12-2016 10:11 AM
Foto - foto semasa gempa berlaku
https://news.detik.com/berita/d- ... bangunan-yang-rusak
ADVERTISEMENT