Jenazah pendaki rakyat Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran pada 28 November lalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Memetik laporan Bernama, van yang membawa jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50 itu dilihat keluar dari perkarangan Kargo KLIA kira-kira 12.30 tengah hari menuju ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn. Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said, dalam kenyataan semalam berkata, jenazah Allahyarham sudah dimandi dan dikafankan di Iran sebelum dibawa pulang ke tanah air. Terdahulu, Syed Ridzuan bersama rakannya, Ramli Abd Majid, dilaporkan hilang di gunung berketinggian 5,610 meter itu pada 20 November lalu selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. Jasad Syed Redzuan ditemui pada 28 November lalu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Yakhar Glacier di kawasan pergunungan bersalji itu manakala usaha mencari Ramli sedangkan dipergiatkan.- CARI
|
20
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
26
Sedih |
25
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT