CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jari Pelajar Tahfiz Hancur Akibat Mercun

5-8-2013 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6947| Komen: 24



KUALA PILAH – "Saya menyesal," kata Che Jum Che Harun, 13, pelajar tahfiz yang kehilangan tiga jari kanan akibat bermain mercun di Rumah Rakyat Senaling, Kampung Batang Pilah, dekat sini, malam kelmarin.


Mangsa, seorang pelajar di Pondok Madrasah Darus Islah Ulu Gemilang, Kampung Ulu Melang, hancur pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah apabila mercun jenis Di Boom yang dibeli pada hari raya tahun lalu meletup di tangan sebaik saja api dicucuhkan pada sumbunya.

"Jika saya tak bermain mercun, hari ini (semalam) saya akan beli pakaian raya bersama keluarga. Tapi kini, saya terpaksa beraya di hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini semalam.

Kejadian menimpa mangsa berlaku kira-kira 8 malam kelmarin di hadapan gelanggang sepak takraw tidak jauh dari rumahnya yang turut disaksikan adik dan rakan-rakan mangsa.


Ibu mangsa, Suriati Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, anaknya baru pulang dari surau sebelum berjumpa rakan-rakan untuk bermain mercun di kawasan itu.

"Mercun itu dibeli tahun lalu dan masih ada tiga baki. Tahun lalu, dia main mercun sama ikut cara betul dengan meletakkan mercun atas tanah, kemudian cucuh sumbu guna kayu dari jarak agak jauh. Tetapi semalam (malam kelmarin), dia pegang mercun itu ketika dicucuh, tak sempat lontar apabila disuruh rakannya," katanya.

Menurutnya, dia menyedar kejadian itu selepas dimaklumkan seorang lagi anaknya, Farah, 9, yang turut serta bermain, lantas berlari untuk memberitahu kejadian itu.

“Saya terkejut dan terus bergegas keluar. Saya nampak tangan Che Jum berlumuran darah. Saya cepat-cepat balut tangan dengan serban putih dipakainya. Habis jubah putih yang dipakainya juga penuh darah," katanya.

Suraiti berkata, mereka kemudian bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun, katanya, doktor memaklumkan kuku ibu jari anaknya pecah, jari telunjuk hancur tinggal tulang, manakala jadi tengah melecur dan kesemua tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya diberitahu pembuluh darah jari juga sudah putus. Doktor masih melihat sama ada perlu dipotong atau tidak," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, anaknya baru dua hari pulang dari belajar Pondok Madrasah Darus Islah Ulu Gemilang.

Mangsa yang merupakan anak sulung dari tiga beradik kini ditempatkan di wad lima HTAN sebelum pembedahan dilakukan petang semalam.
7

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
16

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 5-8-2013 08:29 AM
Dia lupa lafaz bismillah masa mula nak main ...



Quote xdielzx 5-8-2013 08:37 AM
haih budak2 ni.. mmg kes terhantuk baru terngadah
Quote kivio 5-8-2013 09:23 AM
waktu nak main tak bertahmid dolu kot..
Quote haryatie 5-8-2013 09:33 AM
budak2 melayu ni kalau main mercun x ingat dunia..
x psal2 da cacat..
x macho la nnti
Quote esbok 5-8-2013 12:02 PM
mercun tahun lalu?!


bakor atas kertas la kalau mercun tahun lepah
Quote mak_wa95 5-8-2013 12:06 PM
mercun diharamkan tapi mana penguatkuasaannya.......penjualan secara terbuka di pasar2 malam di param.......mudah dapat
Quote MengkuduMasam 5-8-2013 12:23 PM
mercun skarang nih suma hol ganas2 belaka akhlaknya
Quote Babai 5-8-2013 12:26 PM
Budak tahfiz bukan semua pun jadi orang. Aku ada jer kenal sorang tu yang kaki tengok body pompuan.
Quote prettyuglybabe 5-8-2013 12:27 PM
menyesal pun dah tak berguna. dari sempurna sifat, dah jadi cacat. semoga jadi peringatan di masa depan
Quote sub5zero 5-8-2013 12:29 PM
Pendidikn di sklh thfiz msh blm dpt membendung naluri amln bdya kafir
Quote Babai 5-8-2013 12:34 PM
sub5zero posted on 5-8-2013 12:29 PM
Pendidikn di sklh thfiz msh blm dpt membendung naluri amln bdya kafir

Itu belum cerita yang belajar tahfiz tapi asik dok ngejas awek sana sini kat tenet.
Quote axl_bach 5-8-2013 12:37 PM
mak_wa95 posted on 5-8-2013 12:06 PM
mercun diharamkan tapi mana penguatkuasaannya.......penjualan secara terbuka di pasar2 malam di para ...

nak wat camner yg jual pun org dlm.......org yg sepatutnya mencegah penjualan mercun.....dorg raid dekat sempadan then balik dorg yg jual.....ni aku tau sbb ada kenalan rapat aku yg wat keje camnih.....

Quote otai_g 5-8-2013 12:38 PM
hmm isu dia bkn sbb dia tahfiz..

tp isu dia ibu bapa kena la main peranan.

tegah la anak2 dr beli n main mercun..

x kan semua nak harap polis...
Quote mak_wa95 5-8-2013 12:42 PM
axl_bach posted on 5-8-2013 12:37 PM
nak wat camner yg jual pun org dlm.......org yg sepatutnya mencegah penjualan mercun.....dorg raid ...

betul tu........penguatkuasa pun tidak amanah dalm tugas....
Quote kecimpret 5-8-2013 12:44 PM
mak bapak yg cuai belajar tahfiz plak disalahkan



Quote pakwetizzaqyah 5-8-2013 12:59 PM
main mercun dikhuatiri ada disebut dalam Quran?
Quote drvn182 5-8-2013 01:09 PM
dh banyak berlaku kes2 cmni sekarang taknak ambik iktibar nk sebut bodo ke bangang nih
Quote gogo2 5-8-2013 01:13 PM
Kalau nak main, pi lah Syria main. Bodoh betul budak2 nih. Isk isk..
Quote kaknab 5-8-2013 01:22 PM
lepas keluar spital.. main lagi. bg pembuluh darah tangan sebelah lagi putus pulak..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046045 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top