CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ada Mercun Osama Bin Laden?

9-7-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11935| Komen: 10

Description: Menurutnya, Pemuda Berkenaan Yang Bekerja Di Sektor Swasta Dikesan Menjual Mercun Berkenaan Secara Terbuka.
Kantoi jual mercun terlarang

Hasrat seorang pemuda untuk menambah pendapatan sempena musim perayaan tidak kesampaian apabila dia diberkas polis kerana menjual mercun terlarang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menjual pelbagai jenis mercun di sebuah bazar Ramadan di sini Sabtu lalu.

Menurutnya, pemuda berkenaan yang bekerja di sektor swasta dikesan menjual mercun berkenaan secara terbuka.

“Pihak kami telah menjalankan siasatan dan menahan pemuda berkenaan yang menjual mercun tidak dibenarkan di sebuah bazar Ramadan di sini.

“Kita juga tidak pasti sama ada dia mengetahui kegiatan itu salah di sisi undang-undang atau tidak kerana dia menjual secara terbuka,” katanya pada sidang media di sini semalam.


Gambar hiasan


Jaafar berkata, sebanyak 13 jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM1,000 dirampas dalam serbuan berkenaan.

Katanya, ia tangkapan pertama pada Ramadan tahun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Sehingga kini kita masih tidak mengeluarkan lesen untuk sebarang penjualan mercun dan hanya dua jenis mercun sahaja dibenarkan iaitu jenis pop pop dan happy boom,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti penjualan mercun sama ada kecil atau besar.

“Kita harap orang ramai akan memberikan kerjasama dalam perkara dengan tidak terlibat dalam penjualan atau pembelian mercun terlarang.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak kami jika terdapat sebarang aktiviti berkenaan di kawasan mereka,” katanya.

5

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 8-7-2014 01:16 PM


Di Quezon, utara Manila, Filpina, Polis disana telah merampas sejumlah mercun termasuk mercun yang dikenali sebagai Osama Laden.

Difahamkan mercun-mercun tersebut dirampas daripada beberapa pengeluar bagi menghalang penggunaan mercun gergasi secara haram menjelang sambutan Tahun Baru tidak lama lagi.

Pada sambutan tahun baru sebelum ini, letupan mercun telah menyebabkan beberapa orang terbunuh. Menurut kepercayaan sesetengah orang, bunyi kuat mercun dikatakan boleh menjauhkan roh jahat dan membawa tuah pada tahun baru.


Quote cef_gango 8-7-2014 01:17 PM
Quote cef_gango 8-7-2014 01:17 PM
Quote cef_gango 8-7-2014 01:18 PM
Quote cef_gango 8-7-2014 01:19 PM

Quote bluehedgehog 8-7-2014 04:06 PM
sekarang hari raya dh berjaya mengatasi 'kong xi fa cai'...lg byk mercun dimainkan, lg byk kes2 putus jari... syabas...
Quote myvios 8-7-2014 07:05 PM
mercun C4 ade tak?
Quote SissySembah 8-7-2014 07:06 PM
kelas terroris sunni siap jadi duta produk mercun lagi.
Quote cef_gango 9-7-2014 03:38 PM
SissySembah posted on 8-7-2014 07:06 PM
kelas terroris sunni siap jadi duta produk mercun lagi.

dia bukan sunni
Quote Eljie 10-7-2014 04:17 PM
amboi..macam2 ada..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054641 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top