Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket pemalsuan kad Touch ‘n’ Go dengan tertangkapnya 14 individu termasuk dua dalang berusia 30 hingga 56 tahun.
Menurut laporan Bernama, serbuan dan tangkapan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di empat negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor.pada Jumaat dan Sabtu lalu. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam penipuan penggunaan kad tersebut sejak Februari lalu dan menyebabkan kerugian pada pihak Touch ‘n’ Go sehingga mencecah lebih RM2.2 juta. Tambahnya, sindiket ini menyebabkan kerugian kepada pihak Touch 'n Go berjumlah RM 2.2 juta sejak Februari hingga September. "Selain dijual dengan harga yang jauh lebih rendah kepada pengguna, ahli sindiket juga menggunakan kad tersebut di kedai, pasaraya untuk membeli barangan seperti rokok, arak, jam tangan dan barangan berharga yang akan dijual semula kepada pihak ketiga untuk dapatkan wang tunai."
Katanya, beberapa barang telah dirampas antaranya komputer riba, telefon bimbit, mesin Touch 'n Go, peti besi serta pelbagai jenis kenderaan selain membekukan 18 akaun bank berjumlah RM195,000 milik sindiket untuk siasatan lanjut. Siasatan masih dijalankan dan pihaknya yakin akan membuat beberapa siri tangkapan dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer, dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.- CARI |
27
Bagus |
31
Marah |
34
Terkejut |
29
Sedih |
29
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 29-11-2016 09:56 AM
sorry otak iols tepu pagi2 ni
dia buat cane? x paham
sarahmirza replied at 29-11-2016 10:01 AM
Touch n Go dah boleh pakai macam debit card ke?
Wahhh ketinggalan benar I.
I tau boleh bayar tamba ...
Tok_Batin replied at 29-11-2016 10:06 AM
Minuman, makanan, tiket wayang, boleh touch n go
Tok_Batin replied at 29-11-2016 10:01 AM
Dia klon kad touch n go. Lepas tu jual dgn harga murah.
ADVERTISEMENT