CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh: Seorang Cedera, 10 Kereta & Tujuh Gerai Musnah di Serendah

26-11-2016 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10975| Komen: 119


Seorang penunggang motosikal cedera apabila jalan yang dilaluinya di Taman Idaman, Serendah, runtuh awal pagi tadi kira-kira jam 1.20 pagi.


Mangsa dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya.

Dia yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

"Maklumat awal menyatakan terdapat seorang mangsa dalam kejadian ini, namun kita tetap menjalankan operasi mencari sekiranya ada lagi mangsa lain. Operasi turut dibantu anjing pengesan sebelum disahkan tiada mangsa lain terbabit." 

Sehingga jam 4 pagi tadi, tiada mana-mana waris membuat laporan polis mengenai kehilangan ahli keluarga, ujarnya.


Difahamkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan. 

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut memusnahkan tujuh unit kedai.

Jurucakap Hospital Selayang memberitahu, satu-satunya mengsa dalam kejadian berkenaan telah dibenarkan keluar dari hospital kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Kecederaannya tidak serius. Selepas mendapatkan rawatan, mangsa sudah dibenarkan keluar." 

Operasi di kawasan runtuhan tanah itu sudah ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.- CARI

sumber foto: https://portalpakdin.files.wordpress.com

sumber foto: https://portalpakdin.files.wordpress.com

sumber foto: https://portalpakdin.files.wordpress.com

sumber foto: https://portalpakdin.files.wordpress.com

























34

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
30

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 26-11-2016 09:34 AM
dah kenapa kau sis? ujan ke?
Quote ronapink 26-11-2016 09:37 AM
bangunan apa tu, dah dekat dah
Quote ronapink 26-11-2016 09:38 AM
takziah kepada mangsa2..


Quote ronapink 26-11-2016 09:38 AM
kalau mcm ni boleh claim insuran tak..
Quote lanesra 26-11-2016 09:39 AM
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, masih lagi menjalankan pemeriksaan akhir, selepas lapan jam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, bagi mengesan sekiranya ada mangsa yang tidak direkodkan terperangkap dalam runtuhan. - Foto ihsan Bomba











Quote WajibulGhunah 26-11-2016 10:05 AM
Nnti ada la isu "jepun membaikpulih jalan sejam je tp malaysia seabad"
Quote nononcrux 26-11-2016 11:15 AM
lanesra replied at 26-11-2016 09:39 AM
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, masih lagi menjalankan pemeriksaan akhir, selepas lap ...

bumi dah tua
Quote dizzzek 26-11-2016 11:19 AM
jipun guna masa dua hari
nak tgo kerajaan umno guna masa berapa hari
Quote lanesra 26-11-2016 12:45 PM
ronapink replied at 26-11-2016 09:38 AM
kalau mcm ni boleh claim insuran tak..

tak.. ni dikira bencana alam.
Quote ronapink 26-11-2016 12:50 PM
lanesra replied at 26-11-2016 12:45 PM
tak.. ni dikira bencana alam.

rumah pun sama..xboleh claim ke?  naya
Quote cknoriz 26-11-2016 01:12 PM
allahuakhbar

dh mcm rbut grik kt sabah suatu masa dulu
Quote jazaa100 26-11-2016 01:34 PM
Kawasan lombong ke ni.....

harga rumah memang murah kat serendah tu....tapi klu mcm ni....baik tak payah...


Quote jazaa100 26-11-2016 01:35 PM
ronapink replied at 26-11-2016 12:50 PM
rumah pun sama..xboleh claim ke?  naya

Kena amik additional kot.....yg cover bencana alam...eg:banjir, etc


Quote grouper 26-11-2016 01:36 PM
Groundwater movement..tp nape tiba2 die jd kuat. Patut ada tanda2 sblm kejadian.
Quote FanTasyCreaTioN 26-11-2016 01:46 PM








Quote mommymonster82 26-11-2016 01:50 PM
Gambar dari atas....ada kawasan tadahn air gtu...mesti limpahan tu..
Quote FanTasyCreaTioN 26-11-2016 01:57 PM
[youtube]hiXpHcwT8mY[/youtube]
Quote FanTasyCreaTioN 26-11-2016 01:58 PM
[youtube]hj4E2ygc9Dk[/youtube]
Quote FanTasyCreaTioN 26-11-2016 01:59 PM
[youtube]UO-9OJqQDdg[/youtube]

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.110269 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top