CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Di Taman Melawati: Pemilik Banglo Resah

19-2-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8444| Komen: 22

Description: Saya Segera Tutup Semua Pintu Dan Tingkap. Air Melimpah Masuk Di Dapur Sehingga Paras Buku Lali Dan Tidak Lama Kemudian Saya Dengar Bunyi Seperti Letupan Dan Nampak Tanah Runtuh Dan Mengenai Bahagian ...

KEADAAN tanah runtuh yang menimpa bahagian belakang banglo di Taman Melawati yang berlaku ketika hujan lebat. Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan. 


KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati, di sini, cemas apabila tanah di bahagian belakang kediamannya tiba-tiba runtuh, malam tadi.

Mohamad Hassan, 64, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat, kira-kira 6.30 petang.

“Saya dengar bunyi bising di belakang rumah, saya buka pintu belakang dan lihat air sedang melimpah keluar dari bahagian bukit.

“Saya segera tutup semua pintu dan tingkap. Air melimpah masuk di dapur sehingga paras buku lali dan tidak lama kemudian saya dengar bunyi seperti letupan dan nampak tanah runtuh dan mengenai bahagian luar dinding rumah,” katanya ketika ditemui.

Dia yang sudah 13 tahun mendiami rumah itu berkata, akibat kejadian struktur dinding belakang rumah senget.

Katanya, dia sedang menunggu arahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sama ada untuk berpindah atau sebaliknya.

“Di bahagian belakang rumah saya ada tanah tinggi yang jadi benteng dan ada longkang. Longkang itu pecah dan menyebabkan tanah runtuh.

“Apa pun kena tunggu keputusan MPAJ mengenai status untuk mendiami memandangkan kejadian sudah berlaku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kira-kira 6.35 petang sebelum menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke tempat kejadian.
  
“Kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah dan tidak menjejaskan struktur rumah itu. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu,” katanya,” katanya. 

6

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 19-2-2014 05:20 AM

KEADAAN tanah runtuh yang menimpa bahagian belakang banglo di Taman Melawati yang berlaku
ketika hujan lebat. Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan. FOTO Bernama


Quote BotakChinPeng 19-2-2014 08:24 AM
Wah taman melawati dah hujan lebat
Quote ais_kosong 19-2-2014 08:34 AM
seram tengok tanah runtuh tu..
Quote chaintea 19-2-2014 08:47 AM
Dh jd gitu pon tggu arahan nk pindah ke tidak?
Quote gaara_X 19-2-2014 08:52 AM
kawasan berbukit...mmg berisiko beb.....kena tanggung risiko laa.....
Quote kecimpret 19-2-2014 08:54 AM
kondo kat bukit antarabangsa dah murah skg...dlm 200k leh dpt..kalo berani beli laaa
Quote kenari2101 19-2-2014 08:56 AM
macam mana buat rumah kat area situ?
main cantas ikut suka ke?
kalu tgk dari segi kecondongan bukit tu cam tak layak je buat nak buat kat situ..
kalu kat KL ni, aku tgk rumah tinggi menjulang kat lereng2 bukit ni.
mmg ngeri tgk, bila dah jadi cam ni sapa yg rugi?
Quote divakah 19-2-2014 09:01 AM
Pindah jelah, dont take the risk
Quote hunneybee_luv 19-2-2014 09:08 AM
kecimpret posted on 19-2-2014 08:54 AM
kondo kat bukit antarabangsa dah murah skg...dlm 200k leh dpt..kalo berani beli laaa

sewa rm500 pon boleh dapat
Quote ikan_kaloi 19-2-2014 09:11 AM
...sib baik xde yang cedera..
Ni kat kawasan hutan terbakar ke semalam ni?
Cam ne la depa ni suka buat rumah kawasan tinggi?..Risiko kena tanggung la
Quote WawaRaRa 19-2-2014 09:11 AM
BotakChinPeng posted on 19-2-2014 08:24 AM
Wah taman melawati dah hujan lebat

yup lebat betul ujan semalam... drive pon x braper nak clear.... huhu...

Quote kecimpret 19-2-2014 09:38 AM
hunneybee_luv posted on 19-2-2014 09:08 AM
sewa rm500 pon boleh dapat

ye ke...umah sewa flat aku lg mahal
Quote prettyuglybabe 19-2-2014 10:32 AM
nak tunggu tertimbus habis ke baru nak pindah??
Quote hunneybee_luv 19-2-2014 10:47 AM
kecimpret posted on 19-2-2014 09:38 AM
ye ke...umah sewa flat aku lg mahal

mmg murah...sbb plus bertarung nyawa dok situ
Quote no.20 19-2-2014 10:52 AM
MPAJ ni corrupt teruk sangat....nyawa org jadi mainan...
Quote -electrifying- 20-2-2014 08:45 AM
no.20: MPAJ ni corrupt teruk sangat....nyawa org jadi mainan...


taw xpe, msg2 dh biasa, hasil didikan org lama.
Quote fifie_olin 20-2-2014 08:51 AM
dh tu buat umah dilereng bukit...sape suruh kan...
x leh nk pikir ke...baik buruk umah area2 cam tu...
umah org2 kaya suka buat umah dlm utan...besau2 lak tu...
kekonon nk privacy...ke jadahnya...konpem byk nyamok
Quote JUSTcircle 20-2-2014 09:02 AM
pndah jer la dlu... amik brg2 penting dlu... mampu ke nak judikan nyawa semata2 camni?
Quote kokocrunch 20-2-2014 09:54 AM
pindah jelah sbb jadi apa2..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.226760 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top