Sudah puas disental dan digonyoh, tapi gigi tak mahu putih juga. Dengan hanya menggosok gigi selama dua minit, dua kali sehari tidak mencukupi untuk menjadikan gigi putih berseri.
Kalau mahu gigi putih, ini adalah antara makanan yang boleh diambil untuk menjadikan gigi lebih sihat dan putih berseri. 1. Berkumur Dengan Cuka Epal Kalau nak bercerita mengenai khasiat cuka epal, esok pun tak habis. Terlalu banyak khasiatnya. Bagaimanapun, tak ramai yang tahu cuka epal ini sebenarnya bagus untuk gigi dan menghilangkan kotoran pada gigi, memutihkan gigi dan membunuh bakteria dalam mulut.
Caranya, campurkan dua penutup botol air dan satu penutup botol cuka. Kemudian, kumur dengan campuran tadi selama seminit sebelum dibilas (kumur) dengan air biasa. Lakukan selepas selesai menggosok gigi pada setiap pagi. 2. Buah-buahan sitrus Buah-buahan sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren dapat menghakis lapisan enamel. Berkumurlah dengan air biasa selepas memakan buah-buahan ini. 3. Mengunyah sayuran dan buah-buahan Makanan rangup bagus untuk mencuci gigi. Sayuran dan buah-buahan seperti epal, brokoli, dan karot membantu menyingkirkan plak gigi yang merupakan faktor utama gigi kelihatan kekuningan. 4. Makan Cheese Cheese juga kaya dengan kalsium yang membantu tumbesaran tulang dan gigi. Kalsium dalam tenusu ini malah mampu menyingkirkan cebisan makanan yang melekat pada gigi. 5. Strawberi Celupkan berus gigi ke dalam strawberi yang dilecek dan gosoklah gigi anda dengannya. Dalam masa dua minggu, gigi anda akan bersinar-sinar. Apa lagi? Cepat-cepatlah cuba petua di atas ya! Semoga berjaya. - CARI
|
36
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
14
Sedih |
25
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT