CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 3

Rawatan Gigi Kuning, Hanya Dengan 5 'Food Hacks' Ini

[Copy link]
Post time 22-11-2016 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Sudah puas disental dan digonyoh, tapi gigi tak mahu putih juga. Dengan hanya menggosok gigi selama dua minit, dua kali sehari tidak mencukupi untuk menjadikan gigi putih berseri.


Kalau mahu gigi putih, ini adalah antara makanan yang boleh diambil untuk menjadikan gigi lebih sihat dan putih berseri.




1. Berkumur Dengan Cuka Epal

Sumber foto: https://delishably.com



Kalau nak bercerita mengenai khasiat cuka epal, esok pun tak habis. Terlalu banyak khasiatnya. Bagaimanapun, tak ramai yang tahu cuka epal ini sebenarnya bagus untuk gigi dan menghilangkan kotoran pada gigi, memutihkan gigi dan membunuh bakteria dalam mulut.


Caranya, campurkan dua penutup botol air dan satu penutup botol cuka. Kemudian, kumur dengan campuran tadi selama seminit sebelum dibilas (kumur) dengan air biasa. Lakukan selepas selesai menggosok gigi pada setiap pagi.



2. Buah-buahan sitrus

Sumber foto: Carian Internet



Buah-buahan sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren dapat menghakis lapisan enamel. Berkumurlah dengan air biasa selepas memakan buah-buahan ini.




3. Mengunyah sayuran dan buah-buahan




Makanan rangup bagus untuk mencuci gigi. Sayuran dan buah-buahan seperti epal, brokoli, dan karot membantu menyingkirkan plak gigi yang merupakan faktor utama gigi kelihatan kekuningan.


4. Makan Cheese

Sumber foto: https://www.lifestyle.com.au



Cheese juga kaya dengan kalsium yang membantu tumbesaran tulang dan gigi.


Kalsium dalam tenusu ini malah mampu menyingkirkan cebisan makanan yang melekat pada gigi.


5. Strawberi

Sumber foto: Mail Online



Celupkan berus gigi ke dalam strawberi yang dilecek dan gosoklah gigi anda dengannya. Dalam masa dua minggu, gigi anda akan bersinar-sinar.


Apa lagi? Cepat-cepatlah cuba petua di atas ya! Semoga berjaya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt for.info
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa harga rawatan putihkan gigi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 06:37 PM | Show all posts
guna soda pon boleh kan. twice a week
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.499559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list