Bagi ibu bapa yang sering membawa anak-anak pergi bercuti, pasti anda menghabiskan banyak waktu untuk merancang tempat dan aktiviti menarik yang boleh menghiburkan anak-anak.
Jika Singapura termasuk dalam senarai tempat percutian anda, ini adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi sementara melakukan aktiviti lain dari yang lain bersama anak-anak. 1. Muzium ArtScience Di dalam bangunan berbentuk seperti bunga teratai ini terdapat 21 ruang galeri di mana hasil karya kreatif dipamerkan untuk tatapan dunia. Bangunan ini adalah sebahagian daripada kompleks Marina Bay Sands.
Selain itu, muzium ini juga menganjurkan pameran 'Future World' yang bertemakan bandar dan alam semula jadi. Pameran ini berkonsepkan interaktif di mana setiap ruang adalah sebahagian daripada pameran. Lebih menarik, sebuah ruang galeri dipenuhi sinaran cahaya halus yang dicipta untuk menyerupai galaksi. Dengan menggunakan iPad, anda boleh memilih buruj yang anda mahukan dan menariknya masuk ke dalam ruang cahaya itu. 2. Satay Street/Pusat Satay Kawasan ini dipenuhi penjaja gerai makanan yang menjadi tarikan pelancong pada waktu malam di Jalan Boon Tat. Jalan ini berhampiran dengan lalu lintas dan dipenuhi dengan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang dijual di sini adalah sate dan murtabak yang sedap. 3. Kafe Adiwira (Superhero Cafe) Kafe ini teletak di kompleks Marina Bay Sands, tingkat dua. Seperti namanya, kafe ini betul-betul hebat dengan semua makanan dan minuman di kafe ini mempunyai lambang adiwira seperti sayap Batman atau lambang 'S' Superman. Menarik, kan? 4. Supertrees Dusun Supertree (Supertree Grove) di Gardens berdekatan Marina Bay itu sangat hebat! Seni binanya menyerupai pokok gergasi diperbuat daripada besi dan simen yang dilitupi bunga dan tumbuhan lain. Dua kali setiap malam, pengunjung boleh menikmati sebuah pertunjukan muzik dan cahaya di mana kesemua pokok itu akan menyala mengikut rentak muzik. Ini Singapura lah! Anda tak perlu risau akan mengotorkan pakaian anda. 5. Zoo Singapura Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan ditemani Orang Utan. Selain Orang Utan, anda juga berpeluang melihat banyak lagi haiwan lain yang mungkin anda tak pernah ketahui kewujudannya. 6. Cloud Forest Memang hebat! Di dalam rumah hijau ini, sebuah gunung gergasi dibina di mana anda boleh menikmati pemandangan indah, anda juga berpeluang mengetahui mengenai tumbuhan di pergunungan dan pemanasan global. Setiap beberapa jam, wap seperti kabus akan dilepaskan memenuhi ruangan itu dan membuat anda berasa seperti berada di atas awan. Bagaimana? Adakah anda teruja menjejakkan kaki ke Singapura? - CARI |
34
Bagus |
50
Marah |
37
Terkejut |
50
Sedih |
34
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 23-11-2016 08:59 AM
berbaloi kalau bole tumpang rumah/bilik sedara mara,so cut d cost bayar hotel,beli je ezlink card dh ...
ADVERTISEMENT