CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Phuket: Sesuai Ke Bawa Anak Kecil? Ini 7 Tips Paling Top

18-11-2016 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7879| Komen: 16|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sebut sahaja Phuket pasti sudah terbayang pantainya yang indah, dan pastinya ramai tahu Thailand adalah destinasi popular disebabkan daya tarikan seksnya.

Sumber Foto: www.travelalphas.com

Sebut sahaja Phuket pasti sudah terbayang pantainya yang indah, dan pastinya ramai tahu Thailand adalah destinasi popular disebabkan daya tarikan seksnya.

Terdapat banyak pertunjukan erotik seperti Ping-Pong Show yang jelasnya bukanlah merujuk kepada permainan ping pong. Selain itu, ada banyak serangan pengganas dan antara kawasan yang menjadi 'tempat panas' adalah Patong Beach. 

Ada juga penipuan semasa menyewa jet ski. Banyak pelancong mengalami pengalaman buruk semasa memulangkan jet ski yang disewa kerana didapati rosak dan terpaksa membayar ganti rugi.

Biasanya, kunjungan bersama rakan-rakan atau pasangan berbulan madu memang tidak menjadi masalah. Namun seringkali memikirkan untuk membawa anak-anak yang masih kecil, sesuai ke tidak bawa ke sini? Jadi nak "berPHUKET" atau tidak "berPHUKET"?


Sumber Foto: www.travelalphas.com
Nah, tips PALING TOP bagi mereka yang mahu membawa keluarga dan anak-anak kecil ke PHUKET:

1. Kalau mahu menyewa motosikal, pastikan anda menyewa atau membelikan topi keledar untuk anak-anak kerana risiko untuk terlibat dengan kemalangan jalan raya adalah tinggi.

2. Elakkan dari membuat 'fish spa' kerana dikhuatiri terkena jangkitan kuman yang tersebar dari luka.

3. Jauhkan diri dari Bangla Road untuk memastikan keselamatan diri dan anak-anak terutamanya pada waktu malam.

4. Cari tempat penginapan di sekitar Pantai Karon atau Mai Khao kerana tempatnya sesuai untuk remaja dan kanak-kanak kecil. Tempat yang dicadangkan ialah Gentara Grand dan Holiday Inn.

5. Periksa ketinggian balkoni hotel anda sebelum menempahnya bagi tujuan keselamatan untuk anak-anak kecil.

6. Periksa keadaan jet ski atau motosikal sebelum menyewanya dan tengok di bahagian bawah jika terdapat apa-apa kerosakan.

7. Beritahu anak-anak untuk sentiasa berjaga-jaga dan jaga dengan elok beg masing-masing kerana penyeluk saku dan ragut adalah biasa di sini.

Sumber Foto: www.travelalphas.com
Dah tahu benda-benda yang perlu diberi lebih perhatian semasa melancong ke Thailand. Jadi jangan teragak-agak lagi nak bawa keluarga ke Phuket, okay? Jom! -CARI
21

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
31

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 18-11-2016 03:19 PM
no 1 dan 3 tu betul. nak kongsi cerita sikit. aku pernah menyumpah penjual baju dekat bangla road...betina.

masa proses tawar menawar betina bodoh tu tanya nak kurang berapa.. dah aku bagi harga dia terus maki2 cakap aku gila ke dalam english lepas tu maki dalam bahasa bangla.. apa lagi aku jadi diva AA la carut dia pulak dalam bahasa france.

nak berniaga tapi emo... tak boleh cakap elok2. sumpah aku terkejut. tiba2 kot emo..peod kot

tapi bangla road kebanyakkan peniaga tau cakap melayu.. tempat memang happening
Quote shara154 18-11-2016 03:40 PM
Phuket best je. Bwk budak2 pun ok. Kena pandai cari tempat la
Quote jajahoney 18-11-2016 03:41 PM
chacon replied at 18-11-2016 03:19 PM
no 1 dan 3 tu betul. nak kongsi cerita sikit. aku pernah menyumpah penjual baju dekat bangla road... ...


kat puket ada bangla jugak ke?  
Quote chacon 18-11-2016 06:38 PM
jajahoney replied at 18-11-2016 03:41 PM
kat puket ada bangla jugak ke?


bangla ada dimana2
Quote Artemesiaa 18-11-2016 06:44 PM
Betul tu nak kena selective sikit kalau ada bawak kids nak2 kalau bawak kids2 yang suka banyak bertanya.  Maklum le kang banyak lak soalan nak kena jawab bila dia nampak macam2 benda yang tak sopan utk kanak2 tengok kat sana.
Quote seramado 19-11-2016 05:12 AM
Tu la rasanya kids x seswai sgt dibawa ke.phuket ni....
Quote Kerangbusuk 20-11-2016 07:37 AM
okay noted senang nak travel pasni
Quote d_anne04 20-11-2016 10:56 AM
pegi phuket masa tahun kedua kawen..kira ala-ala honeymoon utk kali kedua...
phuket ramai sangat pelancong...memalam byk kelab yang open..dengan pondan lagi...
kalau nak shopping souvinier baik beli dgn local iaitu org siam...jgn beli dengan bangla terutama di bangla road...

akak lebih suka krabi berbanding phuket..krabi lebih senang nak cari halal food...

taapi..kalau bab snorkeling...pulau perhentian laaagi cantik....


tengah tgk2 koh lipe..
Quote irwansuhadi 21-11-2016 12:21 PM
bangla yang jadikan bangla road tu area tu tmpat pelacuran... nampak tak hasilnya kalau bawa bangla ramai2 masuk negara kita. ceh!
Quote -electrifying- 21-11-2016 12:50 PM
chacon replied at 18-11-2016 03:19 PM
no 1 dan 3 tu betul. nak kongsi cerita sikit. aku pernah menyumpah penjual baju dekat bangla road... ...

ni klau bangla kt mlysia buat mcm tu mmg dh kena kaw2 nya haha
Quote vanillaninja 21-11-2016 12:54 PM
d_anne04 replied at 20-11-2016 10:56 AM
pegi phuket masa tahun kedua kawen..kira ala-ala honeymoon utk kali kedua...
phuket ramai sangat pe ...

Koh Lipe lawa sebab tak berapa commercialised sangat. Tapi bosan. Kalau setakat nak relax2 je memang best.
Quote saladin780 21-11-2016 04:36 PM
chacon replied at 18-11-2016 03:19 PM
no 1 dan 3 tu betul. nak kongsi cerita sikit. aku pernah menyumpah penjual baju dekat bangla road... ...

kekadang dorg ni cm kurang ajar sgt kan..aritu ade ke aku nampak pompuan tawar menawar tp tak jadi beli bleh kena herdik you cow dgn si peniaga..

time lepas tsunami aritu tau la plak merayu2 suruh pelancong dtg balik..nak jer aku doakan supaya dapat cash lagi
Quote syitaeyqa 21-2-2017 05:18 PM
patong n karon, i prefer karon. pantai lawa n biru je. pegi laa waktu antara 10am-1pm. mmg cntik je lg2 kalau bawak moto. teruja gile tgk laut lawa kt sblh. haha

i teringat malam smpai phuket i tido kt pantai patong tu sbb x book bilik. sejuk gileee tp selamat je ramai org. yg mabuk pun ramai. pg subuh bangun dpt tgk view laut lawaaaa

phuket n krabi. i prefer krabi. but boleh je gi both place. naik feri je
Quote EvieWanKenobi 22-2-2017 11:39 AM
ok noted.. tak pernah pergi Phuket lagi..
Quote cknoriz 22-2-2017 11:50 AM
iols pegi sekali dh xnk pi....xbrp nk suka la
Quote marchikobonzo 22-2-2017 03:43 PM
Pernah vacay dengan anak-anak kecil last year, pergi krabi & phuket..ok je..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058495 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top