Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh ke dalam kolam air panas yang berasid di Taman Negara Yellowstone dan dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang menakutkan.
Menurut pendedahan CNN kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jun lepas membabitkan mangsa yang bernama Colin Nathaniel Scott bersama kakaknya Sable Scott dikatakan menceroboh kawasan larangan, Norris Geyser. Sable memberitahu pihak berkuasa, ketika kejadian Colin cuba mencelup jari ke dalam kolam untuk mengenal pasti suhu kolam tersebut tetapi tergelincir dan jatuh. Menurut Timbalan Ketua Renjer Yellowstone, Lorant Veress yang ditemuramah oleh saluran berita tempatan, KULR menegaskan kepada semua pelawat supaya mematuhi semua papan tanda larangan di kawasan tersebut. Pasukan penyelamat menemui mayatnya di dalam kolam itu tetapi tidak dapat dicapai oleh kerana ribut petir, menurut laporan itu. Keesokan harinya, menurut laporan itu, pasukan penyelamat tidak menemui sebarang mayat. Salah satu daripada beberapa bahan bukti yang berjaya diambil adalah selipar
mangsa. Yellowstone adalah salah satu taman yang paling kerap dilawati di Amerika Syarikat. Menurut ahli sejarah taman itu, Lee Whittlesey seramai 22 orang termasuk tujuh kanak-kanak telah meninggal dunia di kolam haba taman itu di mana suhu boleh mencapai 250 darjah celsius sejak 1870. Pada tahun 2000, seorang pekerja taman berusia 20 tahun maut apabila terjun ke dalam kolam air panas itu yang dia sangka sebagai sungai.- CARI |
33
Bagus |
33
Marah |
28
Terkejut |
22
Sedih |
31
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Manjahati replied at 21-11-2016 08:43 AM
Dah ada larangan ko nk ceroboh juga dah kenapa??
sofiazara replied at 21-11-2016 04:58 PM
mcm clear je air tasik?
so masa dia melebur tu boleh nampak dari darat ke? omg
ADVERTISEMENT