Individu yang menyamar dengan menggunakan gelaran Sultan Melaka, Noor Jan Tuah, 59 mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.
Dia dituduh atas 4 kesalahan berasingan kerana menipu empat orang lelaki dan didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka walhal ia bukanlah identiti sebenarnya. Memetik laporan Harian Metro, Noor Jan dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada majlis istiadat di A'Famosa Resort Melaka, jam 10 malam, 28 Disember 2013. Kes dibicarakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana menganggap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai serius.
Walau bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Surjan Singh Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama bermula daripada awal siasatan kes dilakukan polis. Ahmad Sazali kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI |
19
Bagus |
21
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wana89 replied at 17-11-2016 12:46 PM
Heol ni memang kelakar
matamata replied at 17-11-2016 05:39 AM
Kena tangkap , bicara....siasat...silap2 mmg betul2 keturunan sultan muzaffar
ADVERTISEMENT