Seorang wanita murung yang menculik seorang bayi perempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini bersama suaminya semalam masih berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku apabila kediamannya diserbu polis di Kelantan. Wanita yang keguguran cahaya mata pertamanya Jun lalu mengatakan kepada polis, "Bayi mama tidur atas katil dalam bilik." Melihat keadaannya yang tidak terurus, pihak polis telah memujuk suspek dan suaminya yang tinggal di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh untuk membawa bayi berkenaan ke balai polis untuk tujuan pengecaman identiti dan siasatan lanjut. Menurut laporan Utusan Online, pasangan terbabit telah menculik bayi terbabit dengan berpura-pura menjadi ibu bapa dan memperdayakan jururawat yang bertugas.
Beberapa hari sebelumnya, suspek yang berusia 23 tahun itu didapati berlegar-legar di kawasan wad tersebut dan berpura-pura seperti baru melahirkan anak. “Pemeriksaan dengan pihak hospital mendapati wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod melahirkan bayi pada hari kejadian sebaliknya pernah keguguran pada bulan Jun lalu. Melalui proses pengecaman kami mendapati bayi dalam jagaan mereka itu adalah mangsa culik,” kata Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad. Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek bertindak demikian kerana kemurungan selepas kehilangan bayi mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik- CARI
|
28
Bagus |
33
Marah |
25
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missDollie replied at 17-11-2016 11:22 AM
Macam mana nak rawat post partum depression ni ye..?
aldilla_zahraa replied at 17-11-2016 03:42 AM
Medication. Dan kaunseling
missDollie replied at 17-11-2016 11:45 AM
Owh kena makan ubat juga ye..husband pun kena juga ke camne..? Ke husband terlalu ikut isteri?
zameyla replied at 17-11-2016 11:20 AM
alahai....tak tau nak kesian ke apa....
missDollie replied at 17-11-2016 11:22 AM
Macam mana nak rawat post partum depression ni ye..?
ADVERTISEMENT