Gemar pergi melancong atau pertama kali mahu mengikut jejak langkah rakan-rakan ke luar negara? Jom ikuti tips mudah ini agar perjalanan anda lebih lancar.
1. Bila anda booking tiket kapal terbang dan juga hotel, sentiasa pastikan anda melayari dengan mode 'private browsing'. Ini kerana syarikat kapal terbang dan hotel sentiasa menaikkan harga jika mendapati anda pernah mengunjungi laman web mereka sebelum ini. 2. Jimat ruang dalam beg dengan menggulung baju dan bukannya melipatnya. 3. Bekas ubat sesuai dijadikan bekas menyimpan barang kemas. 4.Simpankan stokin dan juga seluar dalam di dalam kasut untuk jimat ruang. 5. Klip kertas berfungsi menutup mata pisau cukur dan memastikan ia sentiasa selamat. 6. Bawa kasut dan simpan dalam plastik penutup kepala (showercap). 7. Gunakan tali pinggang bagi memastikan kolar kemeja sentiasa kemas. 8. Sentiasa isi semula ubat gigi bersaiz kecil, tak perlu beli baru. 9. Gunakan Google Maps secara offline dengan menaip "ok maps" dan peta yang dipaparkan boleh digunakan atau diakses pada masa akan datang dalam mode offline. 10. Jika anda terlupa membawa charger telefon, masih boleh menyambung USB kepada port pada TV. 11. Maksimumkan kamera pada telefon pintar anda, tak perlu bawa kamera lain. 12. Dapatkan pasword Wifi dengan melihat komen pada Foursquare. 13. Bawalah plug penyambung anda sendiri agar mudah untuk mengecas telefon secara berjemaah. 14. Hari terakhir anda di luar negara, kumpulkan baki duit belanja anda dan boleh diserahkan kepada gelandangan di situ. - CARI |
30
Bagus |
14
Marah |
34
Terkejut |
33
Sedih |
27
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT