CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4726|Reply: 13

'Travel Hacks' Yang Anda Harus Cuba, Mudah & Praktikal Sekali!

[Copy link]
Post time 15-11-2016 05:14 PM | Show all posts |Read mode


Gemar pergi melancong atau pertama kali mahu mengikut jejak langkah rakan-rakan ke luar negara? Jom ikuti tips mudah ini agar perjalanan anda lebih lancar.




1. Bila anda booking tiket kapal terbang dan juga hotel, sentiasa pastikan anda melayari dengan mode 'private browsing'. Ini kerana syarikat kapal terbang dan hotel sentiasa menaikkan harga jika mendapati anda pernah mengunjungi laman web mereka sebelum ini.






2. Jimat ruang dalam beg dengan menggulung baju dan bukannya melipatnya.






3. Bekas ubat sesuai dijadikan bekas menyimpan barang kemas.






4.Simpankan stokin dan juga seluar dalam di dalam kasut untuk jimat ruang.





5. Klip kertas berfungsi menutup mata pisau cukur dan memastikan ia sentiasa selamat.





6. Bawa kasut dan simpan dalam plastik penutup kepala (showercap).





7. Gunakan tali pinggang bagi memastikan kolar kemeja sentiasa kemas.





8. Sentiasa isi semula ubat gigi bersaiz kecil, tak perlu beli baru.





9. Gunakan Google Maps secara offline dengan menaip "ok maps" dan peta yang dipaparkan boleh digunakan atau diakses pada masa akan datang dalam mode offline.





10. Jika anda terlupa membawa charger telefon, masih boleh menyambung USB kepada port pada TV.





11. Maksimumkan kamera pada telefon pintar anda, tak perlu bawa kamera lain.





12. Dapatkan pasword Wifi dengan melihat komen pada Foursquare.





13. Bawalah plug penyambung anda sendiri agar mudah untuk mengecas telefon secara berjemaah.





14. Hari terakhir anda di luar negara, kumpulkan baki duit belanja anda dan boleh diserahkan kepada gelandangan di situ. - CARI


Foto: Carian google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... good tips. Thanks so much tt. Yang no 14 tu aku sokong. Masa aku pi negara sejuk ni, ari2 mamat badan tegap tapi macam tak mandi datang duduk tepi jalan dengan kucing comel dia. Aku sedekah loose change untuk dia beli makan kucing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 06:32 PM | Show all posts
Memang dah lama amalkan tips2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
4.Simpankan stokin dan juga seluar dalam di dalam kasut untuk jimat ruang.

Erk yang ni biar betik...simpan spender dlm kasut...x hygenic kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 08:50 AM | Show all posts
iols pakai yg disposable je..lg jimat ruang.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:08 AM | Show all posts
tips yang menarik tq tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 12:21 PM | Show all posts
tips letak dalam kasut tu i tak boleh hadam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss loikeee
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:02 PM | Show all posts
simpan spender dalam kasut..hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:03 PM | Show all posts

simpan spender dalam kasut..hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 10:13 PM | Show all posts
Showercap buat alas kasut
Bukan semua baju or seluar boleh gulung, kena pandai lipat n susun
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 07:40 AM | Show all posts
hmm menarik ni boleh cuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065148 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list