CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mak Tak Mampu Bang, Bunga Konvo Tu RM100"

15-11-2016 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23993| Komen: 142|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: IG Nizam
Ramai di antara kita yang menganggap majlis konvokesyen hanyalah sebuah majlis untuk meraikan mahasiswa yang sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Malah ada yang hanya sambil lewa dan tidak ambil kisah tentang tujuan utama majlis tersebut diadakan. Ada juga yang tidak hadir dengan alasan sibuk dengan urusan masing-masing.

Anggapan bahawa acara tersebut tiada keistimewaannya, cuma memakai jubah dan mortar serta mengambil skrol di atas pentas. Namun, tidak semua orang bertuah kerana di sebalik konvokesyen, tersemat cerita di sebaliknya yang boleh dijadikan tauladan serta sangat memberikan inspirasi.

Inilah waktunya untuk ibu bapa berbangga menyaksikan anak mereka menerima segulung ijazah, hasil dari usaha bertahun-tahun, diiringi dengan segala penat lelah dan pengorbanan.

 
Sumber Foto: IG Nizam
Seorang graduan UTP melalui akaun Instagramnya telah menceritakan sebuah kisah yang mampu membuatkan sesiapa pun sebak dengan hanya membacanya. Kisah yang menceritakan tentang ibu dan bapanya yang sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah.

Menurutnya, ramai orang berasa hairan bagaimana ayahnya yang hanya bekerja sebagai 'security guard' boleh memberi kebenaran untuk anaknya melanjutkan pengajian di universiti swasta.

Bertambah meruntun jiwa apabila tiba hari konvokesyen, ibunya mahu membelikan sejambak bunga tapi tidak mampu.
"Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tapi RM100, Mak tak mampu Bang"

Sumber Foto: IG Nizam
Menurut Says.com, disebabkan kesempitan wang untuk meneruskan pengajian, Nizam terpaksa meminjam dari salah seorang rakannya sebanyak RM 2500. Walaupun menyedari kos pengajian di unviversiti tersebut adalah agak tinggi, namun si bapa tetap memberi galakan kepada anaknya. Dia juga sanggup berkorban untuk memberikan sejumlah wang pinjaman bank untuk mengubah suai rumah kepada Nizam.

Selepas episod perit jerih yang dilalui mereka sekeluarga, Nizam kini bertekad untuk membalas kembali jasa kedua ibu bapanya. Pesanan Nizam:

Sumber Foto: IG Nizam
Ramai antara rakan-rakannya yang mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang terkesan dengan pengalaman dan kisah hidupnya.


Kisah seumpama ini memberikan sejuta makna dan pengajaran kepada pelajar yang sedang menuntut di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu-bapa masing-masing.

Jangan pernah berputus asa dalam menimba ilmu dan ingatlah bahawa setiap kesusahan itu akan membawa kepada kesenangan kelak. Banggakan ibu bapa dengan pencapaian cemerlang anda dalam pelajaran, ya? -CARI

15

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadna 15-11-2016 01:28 PM
jangan berjoli ptptn je bila masuk u..belajar rajin-rajin
Quote miszclassique 15-11-2016 01:40 PM
nadna replied at 15-11-2016 01:28 PM
jangan berjoli ptptn je bila masuk u..belajar rajin-rajin

bukan joli ptptn je, yg pinjaman lain pun sama. MARA, jpa, etc.
Quote MyNameIsIris 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku datang bawa diri je..non hado bunga segala. Sebab ayah merajuk sampai tak kasi semua datang... abang datang pun sebab mak yang minta datang.. 10 tahun juga lah ayah takmo cakap dengan i..

wuuu sedih wooo bila Ingat.
Quote she 15-11-2016 02:01 PM
Macik dlu pn sadis jua kisah

Pegi daftar masuk Uni usung beg baik bas..abah mak x hantar...abeh sem usung tediber dgn beg nek bas...abah bg belanja 50 je smggu..zaman macik dlu topup rm60 share dua atau empat kawan sbilik.,outing naik bas berdiri sejam dari UTP nk smpi bandar Ipoh...susah jd student waktu tu

Masa konvo xde pn bunga....tp mujur xde IG waktu tu...hihi pape pn tahniah dik...jejaka UTP mmg heloksss belaka
Quote she 15-11-2016 02:02 PM
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...

Macik igtkan bapak macik sorg je yg majok...5 tahun x bcakap dgn macik  
Quote Star_el 15-11-2016 02:02 PM
dia confuse either dgn whether ke?

Aku dulu convo pun dpt bunga drpd junior je, mmg xla nk beli sendiri
Quote MyNameIsIris 15-11-2016 02:04 PM
she replied at 15-11-2016 02:02 PM
Macik igtkan bapak macik sorg je yg majok...5 tahun x bcakap dgn macik

Tapi kita bapak yang berlainan kan    
Quote imransulaiman 15-11-2016 02:04 PM
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 01:51 PM
I dulu konvo sorang-sorang je.. mak ayah kakak adik semua tak datang. Tu pun nasib baik abang ku dat ...

Sebab apa sampai jadi macam tu? Huhuuuu

Masa saya konvo pun mak dengan ayah tak dapat datang. Ayah memang tak datang semua konvo anak dia. Mak pula masa tu sibuk layan cucu.

Nasib baik saya konvo serentak dengan kakak di uni yang sama. Ada juga peneman  
Quote she 15-11-2016 02:07 PM
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:04 PM
Tapi kita bapak yang berlainan kan

Wakakaka

Ekau jangannnnn

Entah2 adik badik sama bapak lain makkkkk huwaaaaaaaa hi adik  
Quote MyNameIsIris 15-11-2016 02:07 PM
imransulaiman replied at 15-11-2016 02:04 PM
Sebab apa sampai jadi macam tu? Huhuuuu

Masa saya konvo pun mak dengan ayah tak dapat datang. A ...

Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 tahun tak bercakap, so kami sangat renggang..

Tapi dia sayang sangat anak i. Hari-hari belikan goreng pisang  
Quote MyNameIsIris 15-11-2016 02:08 PM
she replied at 15-11-2016 02:07 PM
Wakakaka

Ekau jangannnnn

Tak mungkin makcik...
Ayah i ok je dengan kakak. Kesayangan lagi hokey...
baka sama kot  
Quote imransulaiman 15-11-2016 02:13 PM
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...

OKlah tu.... Ayah ada lagi...  

Arwah ayah saya tegas dengan anak-anak...tapi dia penyayang walaupun tak pernah tunjuk  
Quote mujer_in_espejo 15-11-2016 02:21 PM
Aku konvo takda bunga, takda ayah....
tapi yg best, lepas blaja takda hutang ptptn!
Quote -electrifying- 15-11-2016 02:22 PM
aku dlu pon sme gak, nk konvo kan byk pki duit... private kolej plak, smpai aku ckp xnk konvo, duit xde... ayh aku nk jgak... aku usahakan jgak, rupanya bru aku tahu ayh aku nk jgak berbangga ada ank dia yg lepas konvo. wlpon diploma je...
Quote idakamaruddin 15-11-2016 02:27 PM
MyNameIsIris replied at 15-11-2016 02:07 PM
Dia terasa hati pasal bab study-study ni juga lah.. malas nak ingat. Sekarang dah tegurlah cuma 10 ...

comel...

goreng pisang fav anak uols ke?
Quote MyNameIsIris 15-11-2016 02:35 PM
idakamaruddin replied at 15-11-2016 02:27 PM
comel...

goreng pisang fav anak uols ke?

Aah... kalau nampak goreng pisang, anak i akan cakap atok belikan pisang.
Quote nononcrux 15-11-2016 02:37 PM
alhamdulillah merasa juga convo dgn family even time tu arwah ayah ak sakit dpt juga tgok ank dia convo
Quote krustykrab 15-11-2016 02:38 PM
yg aku heran skgn ni sekolah rendah pun gigih nak buat hari konvo utk tahun 6...nk kena bayor jubahla, gambo konvo la, makan la....heiiiii wasting money sungguh
Quote teha86 15-11-2016 02:41 PM
ingat dulu konvo diploma... tapi mak ayah aku bangga sangat... naik train dtg dr jauh... nampak sgt muka mak ayah aku bangga..
tapi impian ayah aku nak soh aku further degree mase tu terkubur kejap..sebb masalah kewangan..n aku terus keje..
selepas 8 tahun rase bekerja...aku teruskan niat nak sambung degree... n skrg aku part time student kat salah sebuah uni...
tapi syg...arwah ayah xsempat nak tgk aku sambung degree...dia dah tinggalkan kami..
kalo dia ade..mesti dia bangga...sebb aku tunaikan hasrat dia...

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.179314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top