Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), walaupun fenomena 'Supermoon' pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon yang dianggap bersaiz paling besar.
Justeru itu, semalam sebilangan besar rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk melihat Bulan Penuh Perigee atau fenomena Supermoon dengan mengunjungi beberapa lokasi lapang dengan membawa antara lain kamera dan telefon bimbit untuk merakamkan gambar 'Supermoon'. Memetik laporan Bernama, ahli astronomi menyifatkan bulan akan berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun dan fenomena ini dijangka berlaku 18 tahun akan datang. Sesi pencerapan Supermoon boleh dilihat pada 7.20 malam sehingga 9.54 malam tadi namun begitu, di klia2, fenomena berkenaan hanya boleh dilihat pada 9.30 malam berikutan langit dilindungi awam. Difahamkan, lebih 100 pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur klia2 tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Fenomena Supermoon dengan jarak dekat menggunakan teleskop.
Orang ramai kelihatan teruja untuk memerhati keindahan suasana tersebut dan mengambil peluang bergambar berlatarbelakangkan Supermoon untuk kenang-kenangan.- CARI |
16
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
15
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
doublethread replied at 15-11-2016 11:36 AM
Nun bulan ditutup awan...Terkenang... hati bertambah rawan...
Begitu konsepnya di tempat aku mala ...
ADVERTISEMENT