Mengerikan apabila seorang wanita pekerja kilang maut selepas tersepit dalam mesin pembancuh tepung, semalam. Kejadian berlaku di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, memberitahu kejadian berlaku pada pukul 12.43 tengah hari, semalam ketika Noridah Nazir, 42, sedang menjalankan rutin hariannya sebagai penjaga mesin bancuh tepung tersebut. "Dipercayai tangan kanan mangsa termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.
"Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya. ACP Sulaiman, bagaimanapun berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat sementara siasatan polis masih dijalankan. - CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT