Tan Sri Annuar Musa, semalam meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta merta, lapor Bernama. Pengumuman itu dibuat melalui akaun Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor. "Saya berharap tugas ini (Presiden KAFA) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain. "Sejak menyandang jawatan itu pada 2008, saya sentiasa yakin pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian," katanya kepada Bernama.
Selain menjadi Ahli Parlimen Ketereh, Annuar telah memimpin pasukan Kelantan sehingga memperoleh pelbagai kejayaan termasuk meraih Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012. Sementara itu, Datuk Nassir Hamzah, Naib Presiden KAFA, Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu, semalam. "Tetapi Exco KAFA belum bermesyuarat sama ada menerima atau menolak surat tersebut," katanya. - CARI |
ADVERTISEMENT