Hari-hari memasak di dapur, pasti sudah banyak resepi dan trik memasak sudah anda pelajari dan kuasai, bukan? Beberapa trik ini mampu memudahkan kerja anda di dapur selain menambahkan kelazatan pada masakan anda.
1. Apabila memasak daging, jangan kerap terbalikkannya. Sebaliknya, goyang-goyangkan kuali sedikit, jika daging melungsur dengan mudah, baru diterbalikkan. Cara ini dapat memastikan daging tidak kering dan berjus. 2. Letak sebiji telur secara perlahan-lahan ke dalam mangkuk atau gelas berisi air sejuk. Telur yang segar akan ternggelam ke dasar gelas, manakala telur yang sudah tidak elok akan terapung di permukaan. 3. Meletakkan hirisan lemon di antara pemanggang dan ikan bukan sahaja menghalang ikan daripada melekat pada permukaan, malah memberi sedikit perasa kepada ikan. 4. Jika mahu melembutkan mentega tetapi tidak mahu ia mencair, panaskan gelas dengan air mendidih. Kemudian, keluarkan air tadi dan masukkan mentega di bawah gelas dengan keadaan gelas ditelangkupkan. 5. Tahukah anda, dengan hanya sebiji telur dan 150 ml minyak zaitun, anda boleh buat 'home made' mayones? Caranya, masukkan kedua-dua bahan ke dalam pengisar dan 'blend' sahaja sehingga menjadi kental seperti mayones yang dibeli. 6. Memasak telur di dalam ketuhar membuatkan telur menjadi lebih lembut dan enak. Masukkan telur ke dalam bekas mufin dan bakar pada 160 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit. - CARI |
27
Bagus |
16
Marah |
12
Terkejut |
25
Sedih |
12
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT