CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 10

6 Trik Ini Boleh Menjadikan Anda 'Master Chef' Di Dapur Sendiri

[Copy link]
Post time 7-11-2016 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Hari-hari memasak di dapur, pasti sudah banyak resepi dan trik memasak sudah anda pelajari dan kuasai, bukan?


Beberapa trik ini mampu memudahkan kerja anda di dapur selain menambahkan kelazatan pada masakan anda.


1. Apabila memasak daging, jangan kerap terbalikkannya. Sebaliknya, goyang-goyangkan kuali sedikit, jika daging melungsur dengan mudah, baru diterbalikkan. Cara ini dapat memastikan daging tidak kering dan berjus.







2. Letak sebiji telur secara perlahan-lahan ke dalam mangkuk atau gelas berisi air sejuk. Telur yang segar akan ternggelam ke dasar gelas, manakala telur yang sudah tidak elok akan terapung di permukaan.






3. Meletakkan hirisan lemon di antara pemanggang dan ikan bukan sahaja menghalang ikan daripada melekat pada permukaan, malah memberi sedikit perasa kepada ikan.







4.  Jika mahu melembutkan mentega tetapi tidak mahu ia mencair, panaskan gelas dengan air mendidih. Kemudian, keluarkan air tadi dan masukkan mentega di bawah gelas dengan keadaan gelas ditelangkupkan.








5. Tahukah anda, dengan hanya sebiji telur dan 150 ml minyak zaitun, anda boleh buat 'home made' mayones? Caranya, masukkan kedua-dua bahan ke dalam pengisar dan 'blend' sahaja sehingga menjadi kental seperti mayones yang dibeli.


6. Memasak telur di dalam ketuhar membuatkan telur menjadi lebih lembut dan enak. Masukkan telur ke dalam bekas mufin dan bakar pada 160 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit. - CARI





Sumber foto: https://brightside.me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 06:32 PM | Show all posts
bagoss. tips ni lah yg sis tunggu2
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:36 PM | Show all posts
Very useful info..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur tak meletup ke yang nombor 6 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 09:52 PM | Show all posts
kalaulah boleh sungguh2 jd mastecef
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 01:48 PM | Show all posts
telur dlm oven tu kira apa? Telur rebus ke telur goreng ke camne?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:25 PM | Show all posts
telur tu masuk oven biasa kot. kalau dlm microwave mmg meletup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 01:44 PM | Show all posts
Boleh di praktik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 08:05 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 11:53 PM | Show all posts
Tip yang bagus.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.105832 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list