Disebabkan kelancangannya berbicara melalui akaun Facebooknya, Safiey Ilias dikecam netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.
"Kat HKL ni. Kalau staff HKL kurang ajar, nak buat live on the spot," katanya. Menurut The Reporter, Safiey Ilias mengunjungi hospital adalah bagi mendapatkan rawatan susulan selepas beliau menjalani pembedahan membuang payu daranya pada April lalu. Akibat daripada memuat naik status berunsur kutukan itu menyebabkan seorang jururawat lelaki di HKL memberi reaksi balas terhadap status usahawan itu. "Belum apa, dah nak 'kondem' HKL?"
Itulah yang ditulis jururawat lelaki di hospital tersebut, Anwari Hamzah yang tidak berpuas hati dengan status Safiey Ilias itu. Anwari juga pelik dengan tindakan Safiey Ilias yang memilih HKL untuk mendapatkan rawatan susulan walaupun dari awal dia sudah menunjukkan rasa tidak senang dengan hospital itu. Dalam masa sama, ramai juga netizen yang bersetuju dengan respon Anwari di akaun Facebooknya itu, malah ada juga yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Safiey Ilias yang sering 'bertukar' identiti. Walaupun begitu, terdapat seorang netizen yang menyifatkan tindakan Anwari memuat naik status itu sebagai membuka aib seseorang dan tidak bersikap profesional dengan mendedahkan maklumat pesakit. Namun, status berkenaan dilaporkan telah dibuang dari akaun usahawan kosmetik itu. Mungkin sedar dirinya dikecam netizen, siapa tahu? Oleh itu, janganlah terlalu mengikut rasa hati untuk memuat naik status di media sosial terutama dengan tujuan memburukkan seseorang atau sesebuah institusi. Masing-masing sudah dewasa dan matang, jadi fikiran dan perlakuan pun perlulah seiring dengan kematangan. - CARI |
23
Bagus |
25
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT