Belum pun masuk tengah bulan, duit gaji dalam poket mahupun bank makin susut. Mujurlah jika masih berbaki.
Ramainya yang juga sudah menjadi negatif dan ini bukanlah satu omongan kosong. Mungkin ada yang menyalahkan pihak lain seperti kerajaan mahupun syarikat bekerja dengan gaji rendah dan kos sara hidup makin meningkat. Tak dinafikan itu juga menjadi faktor duit poket atau gaji mengalir bak air sungai! Namun, bagaimana ia keluar dan mengalir itu sudah tentu bertitik tolak daripada diri sendiri juga, benar? Seorang netizen telah berkongsi cara-cara bagaimana mengelakkan kewangan menjadi negatif atau dalam bahasa mudahnya 'pokai' sebelum sampai hujung bulan. "Tips kewangan cara saya," tulis Syafiqah A'lya. Dia menyenaraikan 7 langkah untuk menjaga kewangan atau pun gaji yang memang nampaknya sangat 'ketat' dan perlukan displin yang tinggi.
"Saya bukannya kedekut, inilah cara saya berjimat. Sampai pernah over bajet sebelum gaji," ujarnya. Antara perkara yang ditekankan termasuklah menyimpan sebanyak mungkin wang gaji selepas menolak komitmen, kurangkan memegang duit tunai dan hanya tinggalkan duit poket cukup-cukup untuk duit minyak dan juga tol. Daripada komen yang diterima dari kalangan netizen atau pengguna media sosial lain, mereka meluahkan bagaimana sukarnya untuk mengawal kewangan masing-masing. "Benda paling susah nak buat ialah nak list doen segala komitmen dan follow balik," ujar seorang netizen. Bagaimana pula dengan anda? Lain orang, lain pula caranya. Namun sedikit sebanyak dengan perkongsian ini dapat membantu anda atau memberi inspirasi agar lebih berjimat cermat! - CARI |
12
Bagus |
12
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
misc replied at 31-10-2016 11:38 PM
Ni style aku lah. Simpan checklist monthly commitment dlm excel file. Settle hutang2 bank, loan ruma ...
cocorex replied at 1-11-2016 10:18 AM
Aku ada member yg buat mcm nie..hujung2 time melepak asyik kita jer yg byr..pikir nk saving jer smpa ...
Star_el replied at 1-11-2016 11:27 AM
serius? Aku kalo xde duit, member ajak keluar mmg ckp taknakla, takde bajet. Org yg offer belanja ...
ADVERTISEMENT