Berita baik buat penduduk di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling yang mengalami gangguan belakan air sejak Jumaat Jumaat lalu.
Difahamkan pada pukul 3.15 pagi tadi, loji rawatan air Semenyih yang ditutup telah kembali beroperasi semula. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan bekalan air kini sedang disalurkan ke kolam-kolam takungan perkhidmatan untuk pemulihan secara berperingkat. Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali keenam pada petang Jumaat kerana benteng di Sungai Buah pecah menyebabkan air dari sungai tercemar mengalir masuk ke Sungai Semenyih.
Sejak Ahad lalu, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan LRA Sungai Semenyih. LRA itu ditutup akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Susulan itu Syabas berkata segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit.- CARI |
14
Bagus |
26
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
29
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT