Dalam tempoh masa seminggu sahaja, daripada seorang penjual teh di pasar berubah menjadi seorang model yang popular dan dikenali ramai. Pemuda berusia 18 tahun dan berwajah menarik yang dimaksudkan itu namanya Arshad Khan, berasal dari Islamabad, Pakistan. Dia menjadi sensasi selepas gambarnya sedang bekerja di warungnya dirakam oleh seorang jurugambar bernama Jiah Ali dan dimuat naik di media sosial Sabtu lalu, tersebar dan dikongsi oleh puluhan ribu pengguna lain dengan gambarnya ditulis #Hot-tea". Arshad disifatkan netizen sebagai mempunyai ketampanan yang unik, kerana sepasang matanya yang berwarna biru kehijauan. Gambarnya menjadi kegilaan dan perbincangan hangat di kalangan netizen di seluruh dunia termasuk Pakistan, India, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat. #ChaiWala menjadi topik perbincangan hangat di laman twitter Pakistan. Difahamkan, Arshad Kahn berbangsa Pashtun dan mempunyai 18 orang adik beradik. Ketika ditemuramah, Arshad memaklumkan seramai 50 orang wanita telah datang jumpa di sebelah pagi sahaja. Jelasnya, dia tidak memiliki telefon bimbit, seorang buta huruf, maka dia sendiri pun tidak tahu diri telah menjadi terkenal di laman jaringan. Menurut laporan media tempatan, Arshad Khan telah menjadi model dengan menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat urusniaga jaringan yang bernama Fitin yang bertapak di Islamabad.- CARI |
38
Bagus |
18
Marah |
28
Terkejut |
33
Sedih |
24
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 24-10-2016 04:10 PM
berapa byk psl paki ni nak bukak?
ADVERTISEMENT