Kehidupan berumah tangga bukanlah semudah yang disangka jika tiada tahap kesabaran yang tinggi. Perasaan cinta dan sayang sebelum berkahwin tidak akan pernah menjamin kebahagian sesebuah rumah tangga.
Apatah lagi jika mendapat seorang suami yang panas baran dan hanya tahu nak memukul sahaja bila si isteri melakukan kesilapan. Pantang isteri silap sikit terus memaki hamun dan "naik tangan". Seorang wanita yang sedang hamil empat bulan berkongsi satu kisah sedih di Facebook Info Ibu Hamil mengenai dirinya yang dipukul teruk oleh suaminya gara-gara anak mereka terjatuh dari "walker" semasa dia sedang sibuk memasak di dapur. Memang tak berhati perut sungguh suaminya itu!
Diharapkan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini dapat membuka mata golongan suami yang panas baran. Berusahalah untuk berubah andai anda tergolong dalam kategori lelaki "baran tak bertempat" kerana menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak anda bukan perkara yang mudah. Jika marah sekalipun tak perlulah sampai memukul seperti itu, isteri bukanlah orang gaji atau pengasuh sebaliknya adalah amanah besar yang diberikan olehNya untuk dijaga sebaiknya. Bertolak ansur dan bantu membantulah sesama pasangan, barulah keluarga bahagia. P/s : Jangan hanya tahu mengarah sahaja tapi semua kerja-kerja rumah diletakkan dibahu si isteri. - CARI |
15
Bagus |
29
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mzzenma replied at 20-10-2016 07:59 PM
Dalam pic nampak mcm laki gemuk tu pukul anak and pihak walker
Tapi dlm cerita bini yang kena puk ...
she replied at 20-10-2016 08:51 PM
Pelik betoi
P lah mintak cerai kalau x sanggup..dok wat soklan kuiz plak menanya org ramai..
hanisbunny replied at 20-10-2016 09:02 PM
nsb die xbuat kuiz dgn pilihan jwpn objektif lg..atau pun sila lengkapkan cadangan ini............ ...
she replied at 20-10-2016 09:22 PM
A - membalas semula pukulan suami cara Elly Mazlein
B - berdiam diri teruskan memasak jgn lupa aj ...
ADVERTISEMENT