CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk?

14-10-2016 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 26099| Komen: 99|Original author: Oleh: Adib Za



Bagi anda yang gemar membeli barangan kosmetik terutamanya menerusi internet seperti Instagram dan juga Facebook, dinasihatkan jangan sesekali mudah terpedaya dengan jenama yang terlalu murah di pasaran. 

Tak dinafikan bukan semua barangan kosmetik mahal memberi efek yang baik dan sempurna. Namun, bagi krim wajah, pemutih dan juga serum misalnya semakin banyak yang dijual secara timbang atau kilo. 

Sebab itu, ia boleh didapati dengan harga jauh lebih murah berbanding jenama terkenal. Pengguna pula sudah tentu memilih sesuatu yang lebih mampu milik, terutamanya pada zaman ekonomi yang sangat mencabar. 

Menerusi status Facebook netizen ini, dia mendedahkan kini sememangnya terlalu banyak kosmetik yang dijual secara pukal dalam bentuk timbang atau kilo.


"Kosmetik timbang kilo, cuba check produk yang anda pakai sekarang, adakah ciri-cirinya seperti gambar di bawah, jika ya sila hati-hati.." ujar netizen bernama Norhayati. 


Foto: Bajuwarnacoklat.com
Dia berkongsi beberapa gambar krim kecantikan pelbagai jenis warna dan tekstur yang dijual pukal dalam plastik yang pastinya tidak terjamin kebersihan dan juga kualiti.

Bagaikan jualan pasar malam, kosmetik ini dimasukkan dalam plastik dan bekas agar si 'pengusaha' atau penjual boleh menukarkannya ke dalam bekas lebih kecil. 

Antara krim dan serum yang dijual termasuklah vitamin C, losyen badan sakura, losyen kurus panas, sarang burung, aloe vera dan sebagainya. Memang mengerikan kerana tahap keselamatan pengguna sangat tidak terjamin melalui bahan yang tak tentu asalnya itu. 

Berikut merupakan ciri-ciri krim berbahaya, seperti yang dikongsikan seorang blogger di laman Baju Warna Coklat:

Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1. Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
2. Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3. Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4. Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5. Panas, pedih dan perit semasa pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6. Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7. Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8. Hasil sangat cepat.
9. Kena terus bergantung pakai produk tersebut.

Dalam pada itu, selain menunjukkan rasa risau, netizen lain menerusi laman sosial turut berkongsi pengalaman menggunakan kosmetik jenis timbang kilo. 




Kesimpulannya, dalam apa juga produk yang ingin digunakan untuk kecantikan dan juga kesihatan, pilihan yang telah mendapat kelulusan adalah faktor utama.

Jangankan hanya kerana ia murah dan menjadi trending di laman sosial, maka produk itu yang anda rembat tanpa memikirkan faktor keselamatannya. - CARI 
10

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 14-10-2016 05:08 PM
scary nye tp mmg pernah nampak ada seller kt ig dok promote jual pukal mcmni.. lipstick pn bole request bentuk love ke apa..
Quote estrelle 14-10-2016 05:35 PM
Asal krim nama2 pelik ni toksah la beli.iols pkai sendayu tinggi je.
Quote mirandanicky1 14-10-2016 05:37 PM
Sebab tu senang2 je jd jutawan...inilah produknya..
Quote melinda_kerr 14-10-2016 05:47 PM
alah.. bkn harini jer peringatan mcmni. dh byk kot. tapi tetapppp juga nk hadap product mcmni. nk kata tak aware  tk dpt info, hari2 ngadap phone berintenet semua.  asal murah semua nk tepek kt muka. nk sgt jd putih.
Quote missinpiece 14-10-2016 05:49 PM
Edited by missinpiece at 14-10-2016 05:50 PM

Me pakai Estee lauder je..








tp kwn me doc esthetics bgtau brand Neutrogena je xde bhn kimia..
Quote miszclassique 14-10-2016 05:49 PM
Ee takutnya dah la effect long term. Semua berkejar kejar nk cantik jd mcm ni lah..macam2
Quote batman_2007 14-10-2016 06:10 PM
Bukan dah berzaman ker bnda2 ni
Masyarakat gak yg hadap jua. Padan la muka korang tu..
Yg kelakar nya, pengasas asal jual kedai mkan tibahh jual keluarkan jenama kosmetik srndiri. dri mna entah pengetahuan mereka

Iols beli kat sephora je. Guna Skininc tu dri jpan. Bgus sgt
Quote Jajabeans 14-10-2016 06:15 PM
me minum kinohimitsu jer xyh nak tepek2 bagai
Quote sabar_sabariah 14-10-2016 06:20 PM
yg penting murah...
sanggup rosakkan muka
nanti muka dah rosak,
nak repair balik byk pakai duit jugak
kalo boleh repair..
kalo tak boleh??????

aku guna Mary Kay
mahal mmg mahal
tahan jelah sebulan spend RM200
beli produk dia
beli sikit2
Quote Artemesiaa 14-10-2016 06:27 PM
Memang tak percaya benda2 yang dia orang promote ni sebab pengasasnya pun mintak bantuan doctor pakar kulit untuk jadi cantik
Quote Cyempaka 14-10-2016 06:45 PM
Brapa puluh kali org dah bagitau. Tp acik2 bawang ni bkn nak pecaya...gigih beli nak putihkan muka smbl tlg org kita katanya. Last2 muka rosak xde pun org kita yg kau tlg tu dtg membantu. Kena keji lg adalah..."org lain guna ok je..awk guna je muka rosak blablabla"
:zz
Quote syadq 14-10-2016 06:49 PM
Gempak hokey acik-acik porem atas ni guna kosmetik branded sokmo
Quote Youngest_Aiyu 14-10-2016 07:04 PM
banyak sangat produk skrg nih .
Quote QueenOfGenovia 14-10-2016 08:40 PM
Kalau muka dah mcm selipar jepun putus tu, memang itu la alis muka kau sampai kiamat...xkan kau jadi stiletto Aldoh ke, Jimichew ke...
~Q.O.G sentiasa bersyukur meski muka hazab~
Quote wallflower 14-10-2016 08:44 PM
Nak kata murah tu x juga. Satu set 65+ ke 150 jgk rata2.

Quote estrelle 14-10-2016 09:26 PM
Tengok warna je dah menakutkan
Quote RatuDunia94 14-10-2016 10:45 PM
acik2 ni senang sgt terpedaya dgn testimoni yg entah ape2...
Quote honeybee1802 15-10-2016 01:02 AM
missinpiece replied at 14-10-2016 05:49 PM
Me pakai Estee lauder je..



Bukan simple ka not much chemical...mmg takdak bau apa....boleh la for moiturizing...
Aku pakai olay pung penah alergik...sib baik la idak terjebak....
Quote Miming2 15-10-2016 02:34 AM
tk pernah prcya cosmetic murah mcm nie... its not really worth it kekdg tu smpai menggerutu muka, tak baik2....dah pakai mary kay for almost a decade... and so far tak ada masalah... for me, its okay invest lebih sikit tuk produk kecantikan nie... hasil lebih terjamin

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.128870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top