CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bosan Dengan Cerita Tak Berfaedah - Netizen 'Sound' Media Tempatan

14-10-2016 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9106| Komen: 31|Original author: Oleh: Maly Rosli

Sebut sahaja Nasi Lemak Anak Dara, pasti ramai yang mengenali tuan empunya badan. Siti Hajar Ahmad, 24, mendapat perhatian umum bukan sahaja kerana nasi lemaknya yang sangat sedap dan dijual dengan harga berpatutan, dia juga memiliki rupa paras yang cantik. Itulah yang diperkatakan netizen yang mengenalinya. 



Sumber foto: Malay Mail

Lumrah manusia di dunia, pasti ada yang memberi sokongan dan dorongan kepada insan berjaya. Namun pasti ada segelintir yang kurang menyenangi kejayaan dikecapi insan lain. Itulah namanya ujian Allah.

Semalam, Siti Hajar berkunjung ke Era untuk ditemuramah mengenai kisah nasi lemak anak daranya yang menjadi viral kebelakangan ini. Apa yang berlaku adalah terdapat seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan pihak media yang terlalu propa untuk memberi publisiti kepada gadis ini.

Komen netizen, Hairul Hero, menjadi perhatian di media sosial sejak semalam apabila gambar Siti Hajar dipaparkan di Facebook Era.


"Bukan nak pertikai, tapi bosan dengan cerita tak berfaedah macam ni. Sebab dia cantik? Tak perlulah masuk berita berkali-kali," katanya.

Menurut Hairul, media tempatan terlalu memberi publisiti kepada Siti Hajar yang popular dengan viral  nasi lemak anak daranya. 

"Eh? Negara aku ni memang semua otak suka buang masa ke apa? Tak habis dengan akhbar, berita pun masuk termasuklah radio-radio sampah ini," tambahnya lagi.


Sumber foto: Era fm

Pandangan Hairul itu mendapat sokongan daripada ramai netizen, tidak kurang juga yang menyangkal dengan kata-kata positif.

"Sebab kau cantik je alasannya cerita kau viral sampai sekarang. Cuba kalau tak berapa nak cantik, memang tak akan diviralkan pun," kata netizen, Fazelee Hamid.

Netizen, Maizatul Fadzlin pula meletakkan kejayaan Siti Hajar sebagai rezeki dari tuhan. Manakala Mohd Bukhari Kasim memberi komen pedas kepada netizen yang iri hati.

"Ramai yang iri hati dalam ni tapi menafikan bila dikata dengki. Kalau tak dengki, tiadalah komen negatif di sini. Stop complaint, Stop gossip, Move forward," tegasnya.

Mungkin Hairul hanya cuba pertikaikan tindakan media tempatan yang dilihat terlalu memberi publisiti kepada gadis itu dan bukan mempertikai kejayaannya. Kita hanya manusia biasa, mempunyai perasaan. Jadi, renung-renungkanlah.

Dari perspektif pihak media sendiri, sudah pasti mereka sentiasa menyediakan paparan berita yang mendapat permintaan tinggi, selain memaparkan berita penting dan terkini. - CARI
11

Bagus
20

Marah
27

Terkejut
43

Sedih
20

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 14-10-2016 03:23 PM
its tooooo much
Quote pencariey 14-10-2016 03:34 PM
wartawan pon dh xde idea n mati kutu..
Quote Artemesiaa 14-10-2016 03:38 PM
Buat le liputan pasal penjual nasi lemak lain sama bagi business dia orang pun sama2 naik
Quote irlene_hana 14-10-2016 03:50 PM
aku tinggal dekat jerr tapi xpernah try lg.. bratur panjanggg tuuuu.. xteringin nak try x bminat..
Quote miszclassique 14-10-2016 03:53 PM
Stressnya kalau dah viral cmni lepastu bila makan sbenarnya tak sedap mana pun
Quote damian_lee 14-10-2016 04:47 PM
Yg beratur semua "TERUNA"
Quote hamsiah_lee 14-10-2016 05:09 PM
mcm dh x de cerita lain dah..
Quote meklalala 14-10-2016 05:10 PM
so booooringgggg
Quote missinpiece 14-10-2016 05:58 PM
Yes its too much. Dh x releven dok ulang subject sama. De eloknya berlumba ketengahkan gurl yg lain pula
Quote Youngest_Aiyu 14-10-2016 07:07 PM
smpai bila nak habis viral NLAD ni .
Quote Ennui 14-10-2016 07:49 PM
Overrated sgt :zz
Quote cikkittydiva 14-10-2016 08:08 PM
benda2 hipster ni kejap jahh... nasi lemak je kott...
Quote che_kembang 14-10-2016 08:18 PM
udah2 ler tu..btw, sedap sgt ke NLAD nih?
Quote zhoney 14-10-2016 08:55 PM
Pantanglah anak dara, jejan2 sanggup beratur buang masa. Jual tepi longkang pon laku.
Quote HazeLJoseph 14-10-2016 10:23 PM
Artikel ni pon sama... share publisiti
Quote hanisbunny 15-10-2016 07:10 AM
iols pon ckp bnd yg same..mcm xde cite2 lain ke nk cover..iols xkutuk bdk2 tu infact berniaga mmg bgs n cantik tu mmg bonus die.. cume bile reputz dh cover terlampau sgt smp iols sndr naik muakkk...padahal byk je story lain blh cover...
Quote kornea 15-10-2016 08:40 AM
Tido 4 jam sehari tu. Bisnes laris .  Engkau hado ?
Quote tricomonas 15-10-2016 10:39 AM
Pas kawin tukar jadi nasi lemak pecah dara
Quote zie_indah 15-10-2016 12:34 PM
Xde nye org nk jeles mmg dah rezeki dia..tp bosanlah mcm dia je jual nasik lemak...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077600 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top