Kerepek menjadi kegemaran hampir semua orang di dunia ini. Tidak kira usia, tua atau muda, lelaki atau perempuan, ia menjadi kegemaran ramai. Kudapan ini sesuai dimakan bila-bila masa , terutama semasa menonton televisyen.
Kini London juga telah membuka sebuah restoran khas menjual kerepek yang diberi nama Hipchips. Ia menjual pelbagai jenis kerepek yang semestinya lazat dan yang pastinya akan membuat pelanggan terpukau dan menjadi rambang mata untuk memilihnya. Old Comptom Street, berdekatan daerah Soho menjadi pilihan lokasi restoran itu ditubuhkan. Ia sememangnya menarik perhatian pengunjung dengan sajian kerepek kentang segar dengan pelbagai jenis sos. Hipchips juga menawarkan lima jenis kerepek kentang bersama sosnya
Eat Out Magazine melaporkan, antara sos yang disediakan termasuk Katsu Curry dan Moroccan Yoghurt. Turut menarik perhatian, ia juga menyediakan kerepek berperisa manis yang ditaburi gula dan kayu manis. Segala proses penghasilan kerepek di Hipchips dilaksanakan di dapur yang terletak di bahagian hadapan restoran itu. Dengan cara itu, pengunjung boleh menyaksikan prosesnya membuatnya. Lain dari yang lain, Hipchips tidak menggunakan pelayan untuk menghantar pesanan pelanggan, tetapi restoran itu menyajikan kerepek dengan meletakkanya di atas landasan bergerak makanan. Dengan cara mempamerkan makanan di atas landasan bergerak itu, pengunjung boleh melihat-lihat terlebih dahulu sambil membuat pilihan kerepek yang dikehendaki sebelum membuat bayaran di kauter dan membawanya pulang. Sekiranya anda berkunjung ke negara itu, janganlah lupa untuk singgah sebentar ke Hipchips! Mungkin anda boleh borong seberapa banyak kerepek Hipchips untuk dibawa pulang ke tanah air. - CARI |
10
Bagus |
36
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
22
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mirandanicky1 replied at 14-10-2016 08:19 AM
Kat malaysia blh buat camni tak..kerepek ubi kayu atau ubi keledek pelbagai perisa..
cewekbopot replied at 17-10-2016 09:39 AM
dah ade dah..macam2 perisa; kari, black pepper, tomato dan macam2 lagi..Sila lah berkunjung ke par ...
@pplegreen replied at 17-10-2016 11:07 AM
kerepek ni mmg jahat selagi tak habis dalam plastik or balang selagi tu jari jemari & mulut n ...
ADVERTISEMENT