Malas pergi solat Jumaat? Awas ya, kaum Adam kini Mak Gober, 63 bakal 'memburu' anda!
Hari Jumaat memang sinonim sebagai penghulu segala hari dan bagi masyarakat Islam, ketika inilah mereka berpusu-pusu pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Namun, situasi yang menunjukkan kaum lelaki duduk bersantai dan bersidai di kedai makan atau kompleks beli belah bukan asing lagi. Pendek kata, malas dan ponteng solat Jumaat! Nampaknya ia bukan sahaja berlaku di negara ini, di Indonesia juga masalah ini berlarutan hingga sekarang. Bagi sesetengah kedai makan, mereka mengambil inisiatif untuk menutup sementara waktu perniagaan ketika umat mengerjakan solat Jumaat. Kini menjadi viral di laman sosial tentang wanita bernama Mak Dede Gober yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia yang lagaknya seperti polis pada setiap hari Jumaat.
Bukan bermaksud untuk menangkap penjenayah, pencuri atau sebagainya, sebaliknya mahu mengingatkan kaum lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat! Jangan terkejut jika anda dikejar dan dipukul oleh Mak Gober ya ketika didapati berkeliaran ponteng solat! Memang menarik dan melucukan, bukan? Namun, usaha ini sebenarnya mendapat respon positif di kalangan masyarakat. Semuanya bermula bila Mak Gober mendapati ramai di kalangan pemilik kedai yang mengeluh kerana premis mereka dijadikan 'zon lepak' oleh lelaki tak solat Jumaat. "Sudah lama saya melakukan hal ini sejak 2007 jika tak salah. Dulu saya juga dibantu rakan-rakan, kini hanya tinggal 3 orang kerana mereka sudah meninggal dunia," ujarnya memetik laman Dream. Bagaimana? Kecut perut tak? Harapnya ada juga Mak gober versi Malaysia tidak lama lagi ya. - CARI |
21
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 13-10-2016 04:43 PM
Hamboi makcik ni siap sunglass lagi style melly sangat
Artemesiaa replied at 13-10-2016 04:43 PM
Hamboi makcik ni siap sunglass lagi style melly sangat
ADVERTISEMENT