CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 9

Suka Ponteng Solat Jumaat, Awas Mak Gober Bakal Memburu Anda!

[Copy link]
Post time 13-10-2016 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Malas pergi solat Jumaat? Awas ya, kaum Adam kini Mak Gober, 63 bakal 'memburu' anda!


Hari Jumaat memang sinonim sebagai penghulu segala hari dan bagi masyarakat Islam, ketika inilah mereka berpusu-pusu pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.


Namun, situasi yang menunjukkan kaum lelaki duduk bersantai dan bersidai di kedai makan atau kompleks beli belah bukan asing lagi. Pendek kata, malas dan ponteng solat Jumaat!


Nampaknya ia bukan sahaja berlaku di negara ini, di Indonesia juga masalah ini berlarutan hingga sekarang. Bagi sesetengah kedai makan, mereka mengambil inisiatif untuk menutup sementara waktu perniagaan ketika umat mengerjakan solat Jumaat.


Kini menjadi viral di laman sosial tentang wanita bernama Mak Dede Gober yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia yang lagaknya seperti polis pada setiap hari Jumaat.








Bukan bermaksud untuk menangkap penjenayah, pencuri atau sebagainya, sebaliknya mahu mengingatkan kaum lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat!


Jangan terkejut jika anda dikejar dan dipukul oleh Mak Gober ya ketika didapati berkeliaran ponteng solat! Memang menarik dan melucukan, bukan?


Namun, usaha ini sebenarnya mendapat respon positif di kalangan masyarakat. Semuanya bermula bila Mak Gober mendapati ramai di kalangan pemilik kedai yang mengeluh kerana premis mereka dijadikan 'zon lepak' oleh lelaki tak solat Jumaat.










"Sudah lama saya melakukan hal ini sejak 2007 jika tak salah. Dulu saya juga dibantu rakan-rakan, kini hanya tinggal 3 orang kerana mereka sudah meninggal dunia," ujarnya memetik laman Dream.


Bagaimana? Kecut perut tak? Harapnya ada juga Mak gober versi Malaysia tidak lama lagi ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 01:25 PM | Show all posts
acik ni fefeeling grim reaper ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih jugak kalau Malaysia ada org mcm ni. Kalau x medang je bersantai kt shopping mall time2 solat jumaat. Padahal masjid sekangkang siamang je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 04:43 PM | Show all posts
Hamboi makcik ni siap sunglass lagi style melly sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 13-10-2016 04:43 PM
Hamboi makcik ni siap sunglass lagi style melly sangat

Itulah.. aku pon terbayang Melly dgn tayar besar atas kelala gittuww
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 13-10-2016 04:43 PM
Hamboi makcik ni siap sunglass lagi style melly sangat

Hahaha..klas nenek nie...   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2016 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kelas taste fashion acik. Ala2 witch, inspired by Maleficient ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 06:36 AM | Show all posts
mati-mati iols igt melly goeslow td..phewww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ni byk pahala dia suh org g solat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik nk nye dress up dr jauh dah boleh pakat lari pi masjid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063772 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list