Jika beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang netizen bernama Damar Wulan mendedahkan dirinya telah didenda oleh pihak PLUS.
Ini terjadi selepas dia didapati duduk di kawasan R&R lebih dari sepatutnya. Namun begitu, isu ini membuatkan ramai berasa keliru dan tak kurang juga bimbang. Tiada apa-apa garis panduan yang diberikan daripada pihak PLUS sebelum ini berhubungan hal berkenaan. Dalam masa yang sama netizen meluahkan rasa marah dan tak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Plus terhadap lelaki bernama Damar itu. Namun, kini akhirnya pihak Plus telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubungan isu yang dilihat sangat panas pada masa ini. "Ia merupakan salah satu daripada langkah yang terpaksa diambil bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS. "Berdasarkan pemantauan dan kajian syarikat ini, kegiatan manipulasi kad transit tol sering dilakukan oleh sesetengah pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjawab di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya," Plus dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman web Plus.com.my. "Penalti LJT boleh dikenakan kepada pengguna lebuh raya yang melebihi tempoh perjalanan dari satu plaza tol masuk hingga ke satu plaza tol di laluan tol sistem tertutup (di mana pengguna perlu mengambil kad transit ketika memasuki lebuh raya dan menyerahkan kad transit ketika membuat bayaran di plaza tol keluar). "Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan tersebut adalah berdasarkan satu had kelajuan yang telah dikenalpasti," terang pihak Plus dalam kenyataan itu. Buat pengguna, mereka tak perlu berasa gusar kerana penalti berkenaan hanya akan dikenakan sekiranya pengguna gagal memberikan bukti atau alasan munasabah. Masih tak faham, ini penerangan ringkas yang diberikan. |
7
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 12-10-2016 02:32 PM
so.. kalu alasan tidur dlm surau rnr kena selfie sebelum tdo pastu tunjuk gmbr tu sbg bukti. ke acan ...
rashiman replied at 12-10-2016 03:02 PM
Perjalanan setengah Jam, buat apa nak tido sampai lebih 2 jam kat highway, Jika nak tido pun car ...
rashiman replied at 12-10-2016 03:02 PM
Perjalanan setengah Jam, buat apa nak tido sampai lebih 2 jam kat highway, Jika nak tido pun car ...
ohnoLia replied at 12-10-2016 04:39 PM
Penyelewengan yg camne ye?
rashiman replied at 12-10-2016 05:07 PM
tukar tiket dengan pengguna lain.
zuri154 replied at 12-10-2016 08:17 PM
selalunya pemandu lori yg jarak jauh buat. tukar kad sesama pemandu lori dilaluan bertentangan
ADVERTISEMENT