Jika ditanya, sesiapa pun tak mahu mengidap penyakit berbahaya seperti leukimia, jantung berlubang, kanser dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi jika ia terjadi pada anak kecil mahupun ahli keluarga. Tak mahu nasib berulang kepada orang lain, seorang netizen yang telah kehilangan anaknya akibat penyakit leukimia berkongsi nasihat berguna kepada masyarakat. "Anak saya baru sahaja menjadi anak syurga lima hari lalu akibat penyakit leukimia. Nasihat saya pada anda semua, jagalah pemakanan keluarga," itu antara yang ditulisnya. Lelaki yang dikenali sebagai Sayed Izman itu juga mahu masyarakat tahu tentang pemakanan yang sihat dan juga betul. Benarlah, mungkin selama ini ramai yang tidak terdedah dengan amalan gaya hidup yang sihat dan sebenarnya. Katanya lagi, perkongsian ini didapati semasa sebulan menjaga arwah anaknya dan ibu bapa pesakit kanser lain.
Makanan seperti mee segera, mee kuning dan makanan dalam tin adalah antara yang sangat tidak digalakkan. Berikut merupakan antara perkara pertama yang boleh anda sebagai ibu bapa lakukan untuk mengubah gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih tepat. Semoga perkongsian yang diberikan sedikit sebanyak membuka minda kita agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan untuk seisi keluarga. Kita doakan juga moga netizen ini, Sayed Izman dan seisi keluarganya sentiasa dirahmati dari-Nya. - CARI |
matchstick replied at 12-10-2016 06:30 PM
masa kecik2 dulu hari2 aku makan megi, mamee, ada lg 1 brand aku lupa. bukan masak pun. makan mentah ...
ADVERTISEMENT