Kecoh seketika seluruh media sosial apabila pakar motivasi terkenal negara, Azizan Osman dinafikan memiliki Ijazah Kehormat Doktor (PHD) dari Universiti Malaya, semalam.
Tak surut lagi isu panas ini, hari ini Berita Harian melaporkan dua lagi universiti menafikan Azizan mempunyai atau dianugerahkan PhD seperti yang didakwanya sebelum ini. Dua universiti tersebut ialah UKM dan juga Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), mengesahkan tidak pernah memberikan 'title' doktor falsafah itu kepada pakar motivasi terbabit. Menggunakan gelaran palsu ini bukan satu perkara baru. Terutama di kalangan ahli perniagaan. Mereka dikatakan dapat memberi lebih keyakinan kepada pelanggan jika mempunyai gelaran tertentu. Tampil mengulas situasi kurang sihat ini, seorang netizen bernama Azizul Azli antara lain berkata, mengapa orang ingin sangat bergelar seorang Dr? "Kajian menunjukkan manusia yang paling dipercayai adalah golongan Dr ini. Anehnya golongan Dr yang dirujuk bukan Dr falsafah tetapi Dr perubatan. "Orang kita pukul rata, janji ada Dr semua boleh jadi menantu punya," ujarnya. Tidak itu sahaja, dia memberi perbezaan penggunaan gelaran doktor falsafah di Malaysia dan juga luar negara yang jelas nampak sangat berbeza. "Di Malaysia budaya ini luar biasa, di Barat yang digelar Dr hanya yang boleh suntik dan bedah orang sahaja. "Dr Falsafah hanya letak di hujung nama PhD bukannya diawal namanya Dr." Dia bahkan menyelar individu yang mengejar pangkat dan gelaran hanya untuk lebih dipercayai dan dihormati orang lain, adalah satu sikap yang tidak jujur. "Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau jadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama bukan mintak bayaran tak masuk akal. "Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata kata yang tidak manis bahasanya, tulisan saya sekadar nak ingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika," ujarnya lagi yang mahu masyarakat sentiasa mempraktikkan sifat merendah diri. Sudah lupakah kita semua sikap merendah diri itu telah lama disemai baik dalam budaya Melayu itu sendiri mahupun agama Islam. Jadi, mengapa ia masih terjadi? - CARI |
11
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...
saladin780 replied at 2-10-2016 10:52 PM
Keji nya lect tu...
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...
fishcracker replied at 4-10-2016 09:14 AM
oh emm jiii your lecturer
ADVERTISEMENT