View: 5324|Reply: 25
|
Orang Kita Berebut Dengan Gelaran Dr, Kenapa?
[Copy link]
|
|
Kecoh seketika seluruh media sosial apabila pakar motivasi terkenal negara, Azizan Osman dinafikan memiliki Ijazah Kehormat Doktor (PHD) dari Universiti Malaya, semalam.
Tak surut lagi isu panas ini, hari ini Berita Harian melaporkan dua lagi universiti menafikan Azizan mempunyai atau dianugerahkan PhD seperti yang didakwanya sebelum ini.
Dua universiti tersebut ialah UKM dan juga Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), mengesahkan tidak pernah memberikan 'title' doktor falsafah itu kepada pakar motivasi terbabit.
Menggunakan gelaran palsu ini bukan satu perkara baru. Terutama di kalangan ahli perniagaan. Mereka dikatakan dapat memberi lebih keyakinan kepada pelanggan jika mempunyai gelaran tertentu.
Tampil mengulas situasi kurang sihat ini, seorang netizen bernama Azizul Azli antara lain berkata, mengapa orang ingin sangat bergelar seorang Dr?
"Kajian menunjukkan manusia yang paling dipercayai adalah golongan Dr ini. Anehnya golongan Dr yang dirujuk bukan Dr falsafah tetapi Dr perubatan.
"Orang kita pukul rata, janji ada Dr semua boleh jadi menantu punya," ujarnya.
Tidak itu sahaja, dia memberi perbezaan penggunaan gelaran doktor falsafah di Malaysia dan juga luar negara yang jelas nampak sangat berbeza.
"Di Malaysia budaya ini luar biasa, di Barat yang digelar Dr hanya yang boleh suntik dan bedah orang sahaja.
"Dr Falsafah hanya letak di hujung nama PhD bukannya diawal namanya Dr."
Dia bahkan menyelar individu yang mengejar pangkat dan gelaran hanya untuk lebih dipercayai dan dihormati orang lain, adalah satu sikap yang tidak jujur.
"Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau jadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama bukan mintak bayaran tak masuk akal.
"Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata kata yang tidak manis bahasanya, tulisan saya sekadar nak ingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika," ujarnya lagi yang mahu masyarakat sentiasa mempraktikkan sifat merendah diri.
Sudah lupakah kita semua sikap merendah diri itu telah lama disemai baik dalam budaya Melayu itu sendiri mahupun agama Islam. Jadi, mengapa ia masih terjadi? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by de_ikea at 30-9-2016 06:34 PM
Well said. Definitely not easy. Perit jerih tiada siapa yg tahu. Yang sedang berusaha, moga berjaya. Yang dah dapat, usahlah mendongak langit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab sesetengah orang tu terlalu gilakan title pangkat dan kedudukan. Tapi pernah jumpa few yang betul2 ada title pangkat dan kedudukan tak kesah pun pasal tu suma malah lebih kurang yg tahu lagi mereka suka sebab bagi mereka sumbangan kepada negara tu yang lebih penting dari title2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk nk guna gelaran doktor nk dptkan kepercayaan masyarakat, pastu dgn title tu pulak boleh la tekan harga mahal2 |
|
|
|
|
|
|
|
ada apa dgn title? makin tggi title makin tggi blh letak harga kot. |
|
|
|
|
|
|
|
title tu pun, susah pyah org nak dapat kot esp pHd nie. .. makan taun.. jadi bila dh dpt tu haruslh respek... |
|
|
|
|
|
|
|
as for no 5 tu, tak lah tk suka smpai tahap meroyan apa, its just that, apa sush pnggil org tu Dr.. as a sign yg memang drg deserves gelaran tu... even Prof,org just panggil Dr pun terasa hati... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dgn title dia rasa lebih berkeyakinan dan orang akan lebih mempercayainya.. |
|
|
|
|
|
|
|
well said. matlamat tidak menghalalkan cara. |
|
|
|
|
|
|
|
Sy sejujurnya malu dgn perangai pprt sesetengah insan yg betul2x ad gelaran Dr. yg x sudah2x mengangkat diri dn nk tunjuk hebatnya journey to get the Ph. D. Lbih hina bile mereka "pukul" org yg sudah jatuh tersadung... sudah2xlah tuh. Ad xder Ph.D, perangai ttp pprt. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab orang Melayu / Malaysia mudah tertipu dgn gelaran . Asal ada gelaran Dr. dan Datuk mulalah percaya bulat2 apa shj yg dijual walapun hanya jual air liur basi. Kt ofes boya berlambak yg ada title Ph D bahagian research tp mereka xdelah nk sombong nak tunjuk mereka lagi terer. Sorang dua tu biasalah.
Jadi x sepatutnya title Dr. & Datuk digunakan utk kaut keuntungan dlm bisnezz. Kalau ilmu tanpa ada Dr. itu bisa mengajar dan melahirkan usahawan dan ilmuan yg berjaya tidak ada salahnya.
Yang salahnya apabila cuba menaikkan harga nilai ilmu yg diajarnya hingga jadi x munasabah yg menyusahkan orang lain.
Memang nak dapat title Dr. PhD itu bukanlah sesuatu yg senang jgk kerana thesis yg dibuat itu terpaksa dipersembahkan dihadapan juri /panel dan diperbahaskan,terpaksa jawab segala soklan yg berkaitan dgn tajuk thesis hingga panel berpuashati. Kalau x,terpaksalah buat balik semula dan itu yg kdg2 memakan masa & kos dan kalau mental koyak lalu terhenti sekerat jalan |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...aku pnggil dia Puan...dia tempelak aku call me Dr cz i earned it!!! sejak drpd itu..aku dan kawan2 pnggil dia Dr Earn... |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...
Keji nya lect tu... |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah tengok pensyarah buat surat ke registrar bagitau dah dapat PhD and request untuk dipanggil ngan gelaran DR selepas graduation date dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya teringin nk sambung phd, bukan kerana nk kan title dr tu, tapi kerana cinta akan ilmu... gituhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Well said. Apa2pun, honesty is the best policy. |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...
oh emm jiii your lecturer |
|
|
|
|
|
|
|
fishcracker replied at 4-10-2016 09:14 AM
oh emm jiii your lecturer
lecturer perempuan biasalah...
title Dr tu satu kebanggaan setelah mengharungi phd journey
kalo dia susah payah siap kan assignment..
pecah kepala siapkan thesis...
xtdo malam writing..
dia nak kita juga lalui benda yg sama...
kalo lecturer lelaki..dia ada soft spot skit hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
org kemain ssh pyh nk siapkan, eh senang2 je nk org gelar dia dr. |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham aku... kenapa mesti menipu??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|